Mahathir Beri Alasan Kenapa Dia Beraya Di Kota London

Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan beliau beraya di London kerana ada anak dan cucunya tidak balik beraya di Malaysia.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataannya hari ini mungkin menjawab persoalan ramai pihak yang mempertikaikannya beraya di London berbanding negara sendiri.

Bekas Perdana Menteri itu juga menceritakan pengalamannya menunaikan solat hari raya sunat hari raya di Masjid Acton dan mendakwa ramai pelajar Malaysia tidak berani bertanya mengenai isu politik.

“Lepas sembahyang ada sedikit jamuan kuih-muih, lemang dan serunding. Saya dan isteri berkesempatan berbual-bual dengan hadirin, termasuk penuntut.

“Saya dapati penuntut tidak langsung bertanya akan keadaan di Malaysia, terutama politik. Mereka ternampak takut walaupun mesra,” ujar Pengerusi PPBM itu lagi.

Seperti biasa Tun M menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas ‘ketakutan’ para pelajar bertanyakan isu politik kepadanya termasuk mendakwa pelajar bimbang biasiswa mereka akan ditarik.

Dalam pada itu, beliau mahu melawat kawasan menara kediaman yang terbakar di London baru-baru ini namun tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa beragama Islam yang terlibat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana