MAHATHIR, APAKAH TUDUHAN ANWAR PELIWAT TIDAK BENAR?

Sikap Tun Dr. Mahathir Mohamd yang membuat pusingan U mencetuskan persoalan apakah tuduhan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang peliwat tidak benar.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, adalah amat pelik bekas perdana menteri itu sanggup bekerjasama dengan individu yang tergamak melakukan perkara di luar tabii.

Jesturu itu, beliau menyifatkan tindakan Dr. Mahathir yang sanggup membuat pusingan U menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri kerana teredesak dan untuk kepentingan peribadi.

“Kita nak tanya, apakah tuduhan liwat terhadap Anwar sebelum ini tidak benar. Adalah pelik Mahathir sanggup bersekongkol dengan dengan orang yang melakukan liwat.

“Saya lihat situasi ini lebih pada kepentingan politik Mahathir untuk mencapai cita-citanya sendiri.

“Mahathir juga dilihat terdesak untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan akhirnya terpaksa bergabung dengan musuh politiknya sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di sini hari ini.

Dr. Mahathir yang juga pengerusi PPBM dalam satu temubual dengan The Guardian di London baru-baru ini menyatakan sokongan kepada Anwar untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan yang dikepalai DAP menang dalam pilihan raya umum akan datang. – MalaysiaGazette

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana