Mahathir-Anwar…tiada lagi kejutan....Semua Diperbodahkan Belaka Oleh Geng Anwar Sebelum Ini

“Lelaki ini tidak harus dibenarkan jadi pemimpin di sebuah negara seperti Malaysia.” Itu petikan sebenar kata-kata Tun Dr Mahathir Mohamad kepada wartawan selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1998.

Bekas Perdana Menteri itu memberitahu beliau sendiri bertemu dan bercakap bagi mendapat cerita sebenar dari kalangan mereka terlibat dalam skandal seks dengan bekas timbalannya.

Mereka ialah lelaki yang lakukan sodomi dengannya,wanita adakan hubungan seks serta dreber yang membawanya ke tempat-tempat lokasi perbuatan keji ini.

Kata Dr Mahathir interbiu ini dibuat beliau sendiri tanpa kehadiran pihak polis atau orang lain –  bermaksud tiada unsur tekanan dan paksaan keatas mereka yang ditemuinya.

Sidang akhbar itu bukan saja dihadiri oleh wartawan dalam negeri tetapi juga wakil media dan agensi berita luar negara.

Keratan akhbar laporan mengenai sidang akhbar itu boleh disemak balik dalam mana-mana perpustakaan media atau buat carian menerusi google.

Untuk lebih mudah dan kita boleh dengar sendiri sebijik-sebijik apa yang Dr Mahathir kata dalam klip video di  youtube pada patuan ini  https://www.youtube.com/watch?v=_3xzDWkvgBQ

Itu cuma secebis komentar Dr Mahathir pasal Anwar ketika itu.Banyak lagi kenyataan dibuatnya tentang itu termasuk dalam buku tulisannya.

Tindakan memecat Anwar dibuat setelah beliau yang begitu yakin mengenai perangai buruk dan tidak bermoral Anwar atas siasatan yang dibuatnya sendiri.

Bukan rahsia bahawa sebelum mendengar pengakuan beberapa lelaki dan wanita itu dan siasatan sendiri,Dr Mahathir telah menolak laporan yang dibuat beberapa pihak mengenai perangai Anwar.

Kini sudah tercatat dalam sejarah...mahkamah sudah buat keputusan Anwar bersalah dalam kes liwat pertama di zaman beliau Perdana Menteri dan kes liwat kedua melibatkan bekas pembantu Saiful Bukhari Azlan yang berlaku semasa Tun Abdullah Badawi Perdana Menteri dan dibicarakan ketika Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri.

Jangan lupa ...dicelah itu negara juga dikejutkan dengan pendedahan video adegan seks seorang lelaki seiras Anwar dengan pelacur wanita China.

Pendedahan itu dibuat oleh Datuk Sharzly Eskay Abdullah yang mendakwa beliau yang membawa ada dan bersama Anwar di lokasi aksi seks itu.

Pihak polis telah mengesahkan hasil kajian dibuat di luar negara video berkenaan adalah 99.9 peratus tulen.

Namun politik punya pasal kerana hajat nak jatuhkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak…Dr Mahathir sudah ‘ tukar warna’ seratus peratus.

Selain sudah berpeluk mesra dengan musuh utamanya dulu,Lim Kit Siang,kini setelah beliau melangkah masuk kem pembangkang satu dunia sudah dengar satu demi satu U-turn dibuat oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)  itu termasuk jumpa sendiri Anwar .

Kata orang kini tidak ada U-Turn yang dibuatnya dan apa juga cakapnya boleh dikira satu kejutan lagi.

Ikut cakap seorang pemerhati ‘no more big news’ pasal Mahathir-Anwar.

Begitu juga halnya dengan interbiu terbarunya dengan akhbar United Kingdom, The Guardian dimana bekas Perdana Menteri itu kata kini beliau boleh terima Anwar jadi Perdana Menteri.

Langkah beliau ‘ mengsucikan’ Anwar secara total memang sudah dijangka.

Dalam interbiu itu Dr Mahathir dakwa Anwar “mangsa dendam politik” dan “diperlakukan secara tidak adil”.

“Keputusan mahkamah jelas dipengaruhi pemerintah dan saya fikir kerajaan akan datang boleh meyakinkan Agong untuk mengampunkan Anwar.

“Jika begitu beliau boleh melibatkan diri dalam politik dan menjadi perdana menteri. Saya tidak akan menolaknya,” kata Mahathir.

Soalnya sekarang apakah Dr Mahathir berani bersumpah kata apa yang beliau cakap mengenai perangai tidak bermoral Anwar pada wartawan seperti tercatat diatas adalah bohong.

Jika tidak apakah beliau sedia isytihar secara terbuka bahawa kini sedia terima seorang peliwat dan ada skandal seks dengan wanita jadi pentabir nombor satu negara setelah dulu cakap tidak layak.

Langkah Dr Mahathir sedia ‘londeh diri’ dikatakan bersebab.Kalangan pemerhati menilai ia dalam usaha untuk memancing kepercayaan penuh pimpinan Pakatan Harapan.

Kemelut yang dihadapi oleh pakatan itu dalam nak  menentukan siapa calon Perdana Menteri mereka bukanlah satu pekara kecil dan ia amat memalukan.

DAP,PKR dan PAN dikatakan cuma ingin ‘ride on’ bekas Perdana Menteri itu dalam usaha mereka untuk menumbangkan BN tetapi tidak mungkin sedia terimanya sebagai orang nombor satu mereka yang rasmi.

Sebaliknya Dr Mahathir pula dilihat macam sudah tidak kisah pada apa saja asalkan matlamatnya untuk jatuhkan Najib tercapai.

Dalam situasi perlu dan memerlukan untuk mencapai satu matlamat politik bersama ini kita boleh menduga semuanya ibarat bulan dan bintang.

Ada juga pemerhati yang menilai kenyataan terbaru Dr Mahathir seperti yang dilapor The Gaurdian ada kaitan dengan tekanan untuk berdepan dengan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian berbillion ringgit dialami Bank Negara dalam tukaran asing semasa  pentabirannya pada tahun 1980-an dan 1990 dulu.

Ramai yang ternanti-nanti penubuhan RCI itu serta siasatan apa lagi setelah mendengar siasatan awal Pasukan Petugas Khas (PPK) dapati ada kes prima facie.

PPK juga mendapati terdapat elemen menyembunyikan fakta sebenar kerugian dengan mengemukakan maklumat yang bertujuan mengelirukan Jemaah Menteri dan Parlimen.

Setakat ini tidak pasti siapa punya angkara sebenar keatas kerugian besar wang negara itu.

Namun sebagai bekas Perdana Menteri waktu itu sudah tentu perhatian bertumpu padanya dan banyak yang beliau kena jawab bagaimana ini semua boleh berlaku.

Dalam urusan pentabiran negara bab adanya unsur sembunyi fakta dan mengelirukan Jemaah Menteri dan Parlimen adalah satu hal yang cukup serius.

Andaian yang boleh kita buat…siapa saja yang ada dalam kedudukan seperti ini sudah tentu berserabut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana