Macam Ugut Bunyinya!!!!! PAS akan hilang undi bukan Melayu pada PRU14 - Hu Pang Chaw

Inilah salah satu Barua dalam DAP satu ketika dahulu.... sembunyi atas Ketua Dewan Himpunaan PEnyokong PAS....KEnapa sekarang sudah keluar daripada PAS jika NGO ini betul betul setia dengan PAS?Anda Nampak semuanya ini....

Bekas Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Hu Pang Chaw mendakwa bekas partinya itu akan kehilangan sokongan serta undi dari pengundi bukan Islam selepas dilihat semakin aktif dalam menguatkuasakan undang-undang Islam.

Beliau yang kini bersama Parti Amanah Negara (Amanah) berkata PAS masih menggunakan strategi sama dengan menimbulkan isu hudud melalui pelaksanaannya di Kelantan.

"Bagi saya PAS Kelantan masih mengamalkan taktik yang sama seperti pilihan raya umum 2013 yang mana ketika itu PAS cuba menghebohkan tentang isu hudud untuk menarik sokongan pengundi Melayu yang konservatif dengan isu agama ini.

"Sekarang menjelang PRU14 yang dijangka akan diadakan sebelum Jun 2018 maka PAS telah menggunakan taktik yang sama untuk menghebohkan isu sebatan dikhalayak ramai," katanya kepada Antarapos.

Justeru Hu menegaskan strategi PAS untuk menarik sokongan orang Melayu tidak berkesan untuk kali kedua selepas parti itu keluar dari Pakatan Rakyat.

"Jadi soalnya keadaan dah berubah kerana masa itu PAS bersama Pakatan Rakyat.

"Maknanya dulu orang boleh sokong PAS kerana lawan dengan Umno-BN tapi sekarang keadaan berubah di mana PAS telah dikira berkawan dengan Umno," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas Dewan Undangan negeri (DUN) Kelantan sebulat suara meluluskan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (pindaan 2017) minggu lepas.

Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau Negeri Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud ketika membentangkan usul itu berkata terdapat beberapa faktor utama yang diambil kira bagi melakukan pindaan enakmen itu antaranya ia sudah berusia 15 tahun dan keadaan semasa dunia ketika ini yang berkembang terlalu pesat.

Pindaan itu menekankan tiga perkara utama iaitu hukuman sebat, bahan bukti menerusi video dan peruntukan kuasa kepada pegawai penguatkuasa agama negeri.

Exco berkenaan menjelaskan beberapa penambahbaikan dilakukan terhadap RUU terdahulu, namun tiada kaitan secara langsung dengan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, atau RUU 355 yang dibawa ke Parlimen pada tahun lalu.

Lebih banyak perpecahan akan berlaku dalam PAS

Mengulas lanjut Hu berkata tindakan PAS secara berterusan dalam perkara ini akan memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan.

"Jadi isu sebatan di khalayak ini walaupun mendapat sokongan Timbalan Perdana Menteri maknanya ini satu bukti yang kukuh bahawa PAS sudah bersama dengan Umno.

"Ini akan menyebabkan perpecahan yang lebih nyata dalam PAS..bagi saya ini bukan satu taktik yang menguntungkan PAS sebaliknya ia akan menjauhkannya dengan ahli sendiri serta orang Melayu," katanya.

Selain itu ujar beliau, PAS akan kehilangan undi daripada pengundi bukan Melayu terutamanya masyarakat Cina pada PRU14.

"Yang kedua ia lagi menjauhkan PAS daripada sokongan orang bukan Melayu khususnya orang Cina walaupun pada 2013 masyarakat Cina masih mengundi PAS kerana masa itu PAS masih bersama Pakatan Rakyat untuk melawan Umno-BN.

"Tapi sekarang bila PAS dah bersekongkol dengan Umno maknanya pengundi bukan Melayu akan tolak PAS sama sekali.

"Jadi bila dah hilang sokongan bukan Islam serta masyarakat Melayu termasuk dalam kalangan ahli PAS sendiri maka bagi saya PAS akan kalah teruk dalam PRU14," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana