Macam-macam ada… PM umum 6 insentif khabar gembira untuk warga Felda

Warga Felda di seluruh negara mendapat khabar gembira terbaru sempena Hari Peneroka Felda  peringkat Kebangsaan 2017 di Putrajaya Ahad.

Kebajikan mereka terus menjadi tumpuan perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengakui mereka menjadi tulang belakang kerajaan BN yang memerintah hari ini.

Serentak menolak dakyah kononnya warga Felda sudah tidak lagi sokong kerajaan,di depan 25,000 mereka yang hadir di majis itu beliau berikrar akan terus mempertahankan Putrajaya pada pilihanraya umum akan datang.

Katanya tanpa dokongan warga Felda hasrat itu tidak mungkin tercapai.

Beliau juga menyuarakan keyakinan Pengerusi baru Felda Tan Sri Shahrir Samad akan membawa Felda ke tahap yang lebih berjaya.

Ibarat kata macam-macam ada…Najib  mengumumkan enam insentif untuk peneroka dan warga Felda antaranya dalam bentuk pelupusan hutang, bayaran insentif, kewujudan dana khas dan geran khas serta insentif perumahan.

Katanya  bayaran insentif khas untuk kebajikan warga Felda sebanyak RM5,000 kepada 94,956 keluarga peneroka yang layak penuh.

"Dengan jumlah peruntukan RM474.78 juta, pembayaran akan mula dibuat pada penghujung bulan Ogos 2017 ini," katanya dan disambut tepukan gemuruh hadirin ..

Selari dengan usaha ke arah tadbir urus dan integriti lebih mantap, Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan pelupusan sebahagian baki pinjaman saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV).

"Seramai 77,934 peneroka yang sedang membayar pinjaman saham FGV akan dilupuskan baki pinjaman mereka dengan kadar ringgit ke ringgit," katanya.

Najib berkata bagi 1,626 peneroka yang telah membayar habis pinjaman, mereka akan menerima ganjaran tunai sebanyak RM1,820.

"Ini melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM128.10 juta. Bagi peneroka yang tidak pernah membuat sebarang bayaran pinjaman saham FGV kepada Felda, tidak akan menerima insentif ini," katanya.

Beliau turut mengumumkan insentif pelupusan hutang tanam semula berjumlah RM5,000 bagi setiap peneroka yang memilih untuk tanam semula melalui Felda melibatkan peruntukan keseluruhan RM519 juta.

Selain itu, dana khas pelupusan lebihan hutang tanam semula turut diwujudkan melibatkan peruntukan RM300 juta bagi tempoh lima tahun bermula tahun 2017 hingga 2021 bagi melupuskan hutang kos operasi melebihi jangkaan RM40,000.

"Ini bermakna, jika hutang bagi kos operasi tanam semula adalah berjumlah RM60,000, sebanyak RM20,000 akan dilupuskan menggunakan dana khas ini, menerusi penilaian berdasarkan permohonan yang dihantar dan diluluskan oleh jawatankuasa di peringkat Felda," jelasnya.

Najib juga mengumumkan pembentukan geran khas tanam semula peneroka yang diluluskan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) kepada Felda dengan kadar RM7,500 per hektar bagi program tanam semula Felda bermula tahun ini hingga 2020.

"Ini melibatkan keluasan 24,280.31 hektar dengan peruntukan RM166.6 juta untuk empat tahun tersebut," katanya.

Bagi menambahkan keceriaan dalam membina keluarga untuk peneroka Felda, Najib turut mengumumkan kelulusan membina lebih satu unit rumah di dalam satu tapak.

Sehingga kini, katanya, terdapat 4,711 peneroka yang mempunyai dua rumah di dalam satu tapak, manakala 70,506 tapak rumah lagi dipercayai sesuai untuk dilaksanakan mengikut kaedah itu.

"Bagi mengatasi masalah rumah generasi baharu Felda pula, Felda dan kerajaan negeri akan bekerjasama bagi meluluskan permohonan pembinaan rumah lebih daripada satu unit di atas satu tapak. Kos pembinaan rumah adalah melalui pembiayaan sendiri," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana