Macai Madey Tak Sedar...Yang Takut Atau Risau Adalah Madey

Menggelikan hati apabila ada ‘macai’ Pakatan Harapan yang mendakwa UMNO kononnya ‘resah gelisah’ melihat bekas Perdana Menteri menerajui gabungan parti pembangkang menjelang PRU ke-14 nanti.

Penulis tidak pasti sama ada dia membuat analisis secara menyeluruh atau tidak, namun pandangannya itu nampak dangkal dan melucukan. Dia bagaikan ‘seekor katak yang baru keluar dari bawah tempurung’ yang baru kenal siapa bekas Perdana Menteri itu…

Dia fikir UMNO risau untuk berdepan dengan bekas Presidennya sendiri? Setahu penulis, bekas Perdana Menteri itu juga pernah berdepan dengan bekas-bekas Presiden UMNO yang mahu dia meletak jawatan suatu masa dahulu. Jadi, apa masalahnya?

‘Macai’ itu perlu sedar bahawa dia merupakan bekas Perdana Menteri yang paling lama di dalam UMNO dan negara. Justeru itu, rejimnya banyak mempengaruhi cara UMNO berpolitik dan menguruskan negara.

Ketika itu, dia disifatkan pembangkang sebagai ‘Maha Zalim’ dan ‘Maha Firaun’. Negara barat pula menyelarnya dengan kaedah pentadbiran autokratik atau lebih dikenali dengan jolokan ‘kuku besi’. Tuduhan jenis apa yang tidak dilemparkan padanya selama 22 tahun itu?

Dalam tempoh yang sama, dia ‘mengawal’ semua pemimpin dibawahnya. Siapa yang melawan, dia akan ‘benam’. Siapa yang cuba ‘mengusik anak emas’nya, maka akan ‘disejukbekukan’. Jika tidak percaya, sil tanya pengalaman Ku Li, salah seorang genius politik UMNO di zaman dia memerintah dulu.

Jika dia tidak ‘dikutip’ Allahyarham Tun Abdul Razak dulu, dia akan ‘bergelandangan’ di pentas politik pembangkang menagih ehsan, kemaruk untuk berucap. Jika tidak ‘dikutip’ bapa Datuk Seri Najib Tun Razak dulu, jangan haraplah dia boleh jadi Perdana Menteri…

Kita langsung tidak menafikan jasanya mentadbir negara. Namun jika salahnya dulu dikaitkan dengan keputusan konsesi kabinet atau MT UMNO, kenapa tidak segala kejayaannya juga diberikan kredit sebagai kejayaan bersama pemimpin dan seluruh akar umbi UMNO/BN yang menyokongnya dulu?

Dari sudut lain, memandangkan dia merupakan Perdana Menteri paling lama mentadbir negara, maka sudah tentu juga dia mempunyai ‘kisah-kisah benar’ yang selama ini terpaksa ditutup gara-gara tidak mahu dijadikan mangsa ‘kuku besi’ si ‘Maha Zalim’ itu.

Jadi, bila dia menentang dan belaku khianat kepada parti yang mengkayakan dirinya, keluarganya dan kroni-kroninya itu, maka dia juga perlu bersedia untuk didedahkan segala nanah, bisul, kayap dan panau yang selama ini tersembunyi di sebalik ‘bush jacket’nya.

Apatah lagi dia kini terpaksa menjilat segala ludah dan lendir hijau yang pernah dia kahakkan pada DAP, PKR, PAN dan PAS, dalam masa yang sama terpaksa menjaga egonya sebagai seorang yang ‘maksum’, maka terpaksalah dia menebalkan ‘tembok’ di muka.

Justeru itu, penulis merasakan adalah tidak relevan langsung untuk UMNO risaukan bekas Perdana Menteri itu. Apatah lagi umurnya yang sudah lanjut dan bergantung kepada bateri sahaja, dia kurang stabil fizikal dan mental. Mungkin hembus tidak jatuh, tapi jangan haraplah boleh beri impak besar…

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana