LUPUSKAN HUTANG YAYASAN SELANGOR ANGKARA ZURAIDA?

Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin menafikan tuduhan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bahawa beliau menjadi orang tengah untuk melupuskan hutang sebuah syarikat dengan Yayasan Selangor bernilai RM233,833.

Zuraida berkata beliau enggan melayan tuduhan Inspirasi Melayu Gombak (IMPAK) lebih-lebih lagi maklumat itu disebar hanya melalui surat layang.

“Saya merujuk kepada dakwaan NGO Impak , ia adalah kenyataan tidak berasas dan tidak rasional.

“Tambahan pula ia di keluarkan tanpa bertanggungjawab secara surat layang,” katanya.

IMPAK semalam mendakwa Zuraidah dan bekas ADUN Kajang, Lee Chin Cheh sebagai perantara bagi sebuah syarikat swasta untuk menyelesaikan hutang ratusan ribu ringgit dengan Yayasan Selangor.

Presidennya, Datuk Zul Azhari Mohamed Juah mendesak kedua-dua pemimpin PKR itu tampil membuat penjelasan.

Zul Azhari berkata, beliau menerima surat layang mendakwa syarikat itu berhutang dengan Yayasan Selangor sebanyak RM233,833 selepas menyewa empat premis di sebuah bangunan sekitar Selangor.

Mengulas lanjut, Zuraidah berkata isu tersebut hanyalah kegagalan penyewa membayar sewa dan Yayasan Selangor berhak untuk menuntut hutang itu menerusi saluran perundangan.

“Ini adalah hutang kepada Yayasan Selangor oleh demikian langsung tak ada isu salahguna wang.

“Terpulang kepada syarikat untuk selesai hutang jika tidak, Yayasan Selangor boleh mulakan tindakan sivil untuk menuntut hutang,” jelas Zuraida yang juga ketua wanita PKR.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana