LUMRAH POLITIK PENYOKONG PEMBANGKANG BANTAH TUN M JADI PENGERUSI...KAKI PENIPU MACAM NI LAH

Reaksi sebahagian penyokong pembangkang yang membantah tindakan Pakatan Harapan (PH) melantik Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Pengerusi gabungan tersebut, adalah lumrah dalam dunia politik, kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution.

Namun tambah beliau, penyokong pembangkang perlu memahami terlebih dahulu tujuan penubuhan PH sebelum bertindak mengkritik keputusan pakatan itu khususnya bersabit struktur kepimpinan sebagaimana yang baru diumumkan dua minggu lalu.

Ujarnya juga, tawaran PH adalah jauh lebih penting daripada ‘menoleh ke belakang dan bercakap tentang sejarah lampau’.

“Kalau kita bercakap tentang sejarah lampau, kita tak bergerak ke depan.

“Jadi saya takkan layan sebarang soalan berkaitan perkara lampau.

“Tumpuan sekarang adalah tawaran yang PH nak buat. Itu lebih penting,” katanya kepada Antarapos.

Selasa lalu, rata-rata penyokong pembangkang yang hadir di Forum Mahathir Agen Perubahan atau Agen Pemusnah anjuran Kelab Bangsar Utama menzahirkan bantahan dan masih berbelah bahagi terhadap keputusan PH melantik Dr Mahathir selaku Pengerusi gabungan berkenaan.

Majoriti hadirin yang bertanya semasa sesi soal jawab, mempertikaikan jawatan yang diberikan kepada mantan perdana menteri itu dalam gabungan pembangkang itu.

Antaranya, pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvam yang bertindak membidas Hishamuddin Rais, yang merupakan salah seorang ahli panel yang menyokong kehadiran Dr Mahathir dalam PH.

Hadirin membangkitkan persoalan mengapa pembangkang perlu bergantung pada bekas perdana menteri itu untuk melakukan revolusi dan perubahan.

PH pada 14 Julai lalu mengumumkan struktur parti itu yang menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum, Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata PH tidak mampu menghalang apa jua reaksi yang muncul daripada setiap keputusan politik yang dibuat oleh pakatan tersebut.

Namun jelasnya, keputusan melantik Dr Mahathir selaku Pengerusi membuktikan pakatan yang dianggotai empat parti itu bersedia melakukan perubahan terhadap pentadbiran negara.

“Mereka (penyokong) bebas untuk membuat pilihan. Tapi kalau kita buat satu keputusan politik, melahirkan PH dengan struktur kepimpinan sebegitu, maknanya kita dah sedia bergerak ke depan. Itu lebih penting,” kata beliau lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana