LIM GUAN ENG TIDAK PERCAYAKAN SPRM....CAKAP TAK SERUPA BIKIN....PTUUIHHH

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kesal dengan keengganan Pulau Pinang menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang merupakan komitmen sesebuah institusi untuk memerangi musuh nombor 1 negara itu.

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata kerajaan negeri pembangkang itu sepatutnya menunjukkan kepada rakyat bahawa ia memandang serius isu-isu rasuah dan salah guna kuasa.

“Jangan hanya bercakap berdegar-degar mengenai isu rasuah dan salah guna kuasa, minta SPRM ambil tindakan dan pelbagai lagi, tetapi mereka sendiri tidak mahu nyatakan ikrar bahawa mereka sendiri ada komitmen serta keberanian untuk menyatakan mereka tolak dan benci rasuah.

“Jadi saya rasa peliklah kalau negeri-negeri lain boleh (tandatangan IBR), Kelantan dan Selangor juga telah menyatakan kesediaan untuk melaksanakan IBR tinggal 1 negeri sahaja (yang enggan menandatangani IBR). Terpulanglah pada rakyat untuk menilai tentang isu ini,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri SPRM bersama masyarakat Cina Pulau Ketam di sini malam tadi.

Rabu lepas, kerajaan Pulau Pinang menyifatkan prinsip Cekap, Amanah dan Telus (CAT) yang dilaksanakan di negeri itu sejak 2008 lebih berkesan dalam usaha membasmi rasuah dan penyalahgunaan kuasa berbanding menandatangani IBR.

Kenyataan itu susulan kenyataan Dzulkifli pada Isnin lepas bahawa 3 kerajaan negeri di bawah pimpinan pembangkang iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan masih belum memberikan komitmen untuk menandatangani IBR.

Mengulas lanjut, Dzulkifli berkata terpulang kepada kerajaan Pulau Pinang sama ada masih mahu ‘berdegil’ untuk tidak menandatangani IBR atau sebaliknya memandangkan ia bukan 1 perkara yang wajib.

“Kita tidak boleh memaksa…jadi kita tunggu dan lihatlah. Jika kita lihat pada senario sekarang banyak juga laporan rasuah yang dilaporkan (di Pulau Pinang),” katanya. – fmt

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana