Lagi Mangkuk BErsuara DAP!!!!! Husam layak diangkat sebagai MB Kelantan - Armada

PETALING JAYA: Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa sememangnya layak untuk diangkat sebagai Menteri Besar Kelantan sebagaimana yang dicadangkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang baru-baru ini.

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, sebagai bekas pemimpin tertinggi PAS dan juga pernah menyandang jawatan exco di negeri itu, beliau yakin Husam mampu menjalankan tangungjawabnya dengan baik sekiranya menggalas jawatan tersebut.

"Saya mewakili Armada, saya tahu Husam Musa memang berkelayakan, dia sangat bijak, dia bekas exco Kelantan sebelum ni dan dia bekerja dengan sangat baik, sebelum ni pun salah seorang pemimpin tertinggi di dalam PAS sendiri, jadi dia memang berkelayakan," katanya kepada Antarapos selepas sidang media pemuda Pakatan Harapan (PH) di sini, hari ini.

Namun menurut Syed Saddiq, perkara itu akan ditentukan pucuk kepimpinan tertinggi parti PH.

"Tapi dari segi pencalonan tu saya rasa saya biarkan kepada kepimpinan tertinggi parti lah sebab saya rasa itu isu yang berlainan," katanya lagi.

Jumaat lepas, Kit Siang mencadangkan agar Husam, yang juga Naib Presiden Amanah diangkat sebagai calon Menteri Besar Kelantan sekiranya PH berjaya menawan negeri itu daripada PAS pada PRU14 nanti.

Menurut Kit Siang, beliau yakin Husam mampu membawa perubahan kepada negeri itu yang selama ini diperintah oleh kepimpinan PAS.

Memberi respon terhadap cadangan Kit Siang itu, Husam hari ini menyatakan bahawa beliau menerimanya dengan hati terbuka namun katanya, cadangan itu diterima buat masa ini atas dasar strategi, selain menambah ia perlu mendapat persetujuan semua parti komponen PH.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai hasrat Kit Siang yang mahu mengadakan jelajah di seluruh negara untuk mendapatkan pandangan tentang kewajarannya bersara daripada politik, Syed Saddiq bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Namun katanya, pemimpin veteran itu wajar dijadikan mentor memandangkan individu itu merupakan seorang pemimpin politik yang masih berpengaruh sehingga ke hari ini.

"Saya rasa dia masih boleh jadi mentor sebab dia masih berpengaruh dan seorang individu yang bijak," ujar beliau lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana