Lagi bukti…fitnah pembangkang konon rakyat tidak gembira…negara tidak aman dan selamat

Tengok dulu kiri kanan depan belakang.Sebaliknya kalau dengar kelentong pembangkang dan mereka yang sewaktunya dengannya terasa seram sejuk seolah negara ini suram dan rakyat sedang menderita melarat di sana sini.

Inilah antara ‘penglipur lara’  yang terus menerus dikitar semula setiap kali menjelang pilihanraya umum khususnya menerusi media sosial untuk buat rakyat geram pada kerajaan.

Cuba tanya bekas Perdana Menteri Tun  Dr Mahathir Mohamad sendiri tentu beliau boleh cerita bagaimana dirinya digambarkan sebagai ‘ mahafiraun’ dan ‘ mahazalim’ sewaktu hendak mengelapai pilihanraya di zaman pemerintahannya selama 22 tahun.

Hakikatnya tidak ada negara yang sempurna seratus peratus sekalipun kuasa besar seperti Amerika,United Kingdom,Peranchis ataupun Jepun.

Bab orang merungut sudah menjadi lazim manusia.Bukan saja orang susah malah bagi orang yang naik kereta besar pun ada saja yang tidak kena.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak Rabu memaparkan Indeks Keamanan Global (GPI) 2017 dan Laporan Kegembiraan Dunia 2017 untuk menyedarkan orangramai mengenai mainan politik yang bermusim ini.

Katanya kedudukan negara yang baik adalah bukti bahawa dakwaan negara tidak aman dan kehidupan rakyat tidak sejahtera yang sering diuar-uarkan pembangkang adalah fitnah semata-mata.

Beliau memberitahu data-data itu juga menunjukkan tuduhan pembangkang itu jauh daripada fakta sebenar dan fitnah berterusan yang menafikan kejayaan negara itu bertujuan menakutkan dan menimbulkan rasa benci rakyat kepada kerajaan.

Data GPI yang dikeluarkan bulan lepas meletakkan Malaysia di tangga ke-29 negara teraman di dunia daripada 163 buah negara dan kedudukan itu jauh lebih baik berbanding negara kuasa besar seperti United Kingdom yang berada di tangga 41, Amerika Syarikat (114), China (116) dan Rusia (151).

Kedudukan Malaysia itu juga lebih baik daripada negara anggota ASEAN lain termasuk Laos yang berada di tangga 48, Indonesia (52), Vietnam (59), Kemboja (89), Myanmar (104) , Thailand (120) dan Filipina (138).

"Dengan data ini, apakah rasional parti pembangkang mendakwa Malaysia sebagai negara yang tidak selamat dan tidak aman.

"Kenapakah mereka tidak menghargai usaha kerajaan yang berjaya menjadikan Malaysia sebagai negara selamat dan sejahtera untuk rakyat?", soalnya dalam catatan blog beliau, sskeruak.blogspot.my.

Salleh berkata pembangkang turut menabur fitnah dengan mendakwa rakyat negara ini tidak lagi gembira di bawah pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berasaskan kepada faktor seperti kos hidup yang tinggi akibat pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), rasuah yang berleluasa dan jenayah yang tidak terbendung.

Sebaliknya, berdasar Laporan Kegembiraan Dunia 2017 yang dikeluarkan pada Mac lepas mentakrifkan kegembiraan rakyat Malaysia di tangga 42 daripada 155 buah negara, jauh lebih baik daripada negara Asean lainnya kecuali Singapura (26) dan Thailand (32).

"Tidakkah data ini menunjukkan tahap kegembiraan dan kesejahteraan hidup rakyat bukanlah seperti yang digambarkan oleh parti pembangkang? Inilah yang saya katakan betapa selama ini parti pembangkang memfitnah tentang kejayaan yang dicapai oleh negara kita," katanya.

Menurut laporan yang diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) itu, negara Asean lain seperti Filipina berada di tangga 72; Indonesia (81); Vietnam (94); Myanmar (114) dan Kemboja (129), manakala bagi negara maju, Poland berada di tangga 46; Itali (48); Rusia (49); Korea Selatan (55) dan Hong Kong (71).

Nilai kegembiraan itu diukur dengan menggunakan lapan indikator iaitu pendapatan kasar negara (GDP) per kapita rakyat, sokongan sosial kerajaan, jangka hidup rakyat, kebebasan rakyat untuk membuat pilihan hidup, sikap kemurahan hati rakyat, kadar salah laku rasuah, tahap keyakinan dan sikap kemanusiaan rakyat.

"Semoga catatan ini boleh memberikan gambaran sebenar kedudukan keamanan dan kegembiraan rakyat kita. Data yang diberikan menunjukkan betapa selama ini kejayaan kita banyak diputarbelitkan oleh pembangkang...kuatnya fitnah pembangkang," tulisnya.

Salleh bagaimanapun mengakui masih banyak ruang yang perlu diperbaiki untuk menjadikan negara ini terbaik dalam kalangan negara yang baik.

"Itulah yang sedang kita lakukan sekarang. Malangnya, dalam usaha kita mengorak langkah ke depan, pembangkang pula semacam histeria menyatakan negara kita lemah dan merudum jatuh ke belakang," kata Salleh.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana