‘KUAT SUNGGUH PEMBOHONGAN AZMIN’

KUAT sungguh pembohongan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali de­ngan mencanangkan seolah-olah mereka adalah ‘hero Malaya’.

Ini kerana kononnya berjaya menghalang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada menjalankan tanggungjawab mereka dalam urusan persempadanan kawasan pilihan raya khususnya di Selangor.

Dua hari berturut-turut PKR canangkan seolah-olah kononnya mereka telah menang besar dalam kes itu.

Sedangkan hakikatnya pemenang sebenar dalam perbicaraan kes itu adalah SPR yang diketuai pengerusinya, Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah. Ini kerana badan itu telah berjaya meneruskan proses siasatan tempatan bagi melengkapkan syor persempadanan semula berkenaan.

Bagi Selangor, siasatan tempatan masih tidak dimulakan untuk Siasatan Kali Pertama pun, jadi tidak timbul hendak halang SPR daripada menjalankan Siasatan Kali Kedua terhadap Selangor.

Bahkan, mahkamah juga telah menolak permohonan kerajaan negeri Selangor bagi menghalang proses siasatan tempatan kali kedua bagi negeri-negeri lain. Inilah perkara terpenting yang SPR berjaya pertahankan. Keputusan pertama inilah yang terpenting bagi SPR kerana ia bermakna badan itu boleh menjalankan tugas mereka.

Keputusan itu sangat penting kepada SPR bagi kes berkaitan Melaka kerana kes rayuan SPR terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Melaka yang antara lain membenarkan penangguhan Siasatan Kali Kedua dijalankan akan dibicarakan pada 18 Julai ini di Mahkamah Rayuan.

Sebaliknya keputusan kedua yang diperintahkan oleh mahkamah untuk menghalang SPR daripada menyerahkan Laporan Akhir kepada Perdana Menteri tanpa memasukkan Selangor sebenarnya tidak membawa apa-apa makna pun. Dan tidak menjejaskan usaha SPR kerana laporan akhir memang tidak boleh di­siapkan untuk diserahkan kepada Perdana Menteri selagi kes di Selangor dan Melaka masih belum selesai.

SPR sedia maklum tanggungjawab mereka dan segala yang dibuat adalah mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan. SPR bukanlah bodoh seperti mana pihak terbabit yang barangkali tak tahu bahawa Laporan Akhir tidak boleh dibuat tanpa Me­laka dan Selangor.

Sedangkan keputu­san mahkamah yang menyebelahi kerajaan negeri Selangor adalah suatu perkara yang sememangnya SPR takkan buat kerana proses siasatan di Melaka masih belum lengkap.

Malah di Selangor masih belum dimulakan. Namun SPR telah pun berjaya melengkapkan proses itu di ne­geri-negeri lain seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Johor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.

Tindakan pihak ter­babit yang mencanang kononnya mereka telah berjaya menghalang SPR menyerahkan laporan persempadanan semula bahagian pilihan raya negeri-negeri Tanah Melayu kepada Perdana Menteri sebenar­nya menunjukkan kebodohan diri mereka sendiri.

Seolah-olah mereka tidak faham bahawa laporan akhir persempadanan semula Tanah Melayu itu mesti dibuat secara bersekali sebagai satu unit. Mereka sebenarnya kabur dan kini cuba mengaburi pemikiran rak­yat untuk bersama mereka.

Banyak lagi episod mahkamah yang perlu dilalui oleh SPR dalam urusan persempadanan semula ini.

Walaupun kini kebanyakan kes dimenangi SPR namun SPR harus berhati-hati dengan niat jahat pihak terbabit.

Zulkifli Jalil
Utusan

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana