Komplot rampas kuasa bermula selepas Mukhriz kalah pemilihan

Segala tindak tanduk dibuat  pihak pembangkang khususnya Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir disifatkan sebagai usaha merampas kuasa politik, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Aziz Kaprawi.

Beliau berkata, penentangan ketiga-tiga pemimpin yang kononnya untuk menyelamatkan negara sudah mula wujud sejak 2013 apabila Mukhriz tidak terpilih menjadi Naib Presiden UMNO.

“Kelmarin ketika di mahkamah, Mukhriz mengaku bapanya bersama Muhyiddin berusaha menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Ini membuktikan motif Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz adalah mengenai kepentingan peribadi semata-mata demi mendapatkan kuasa sebagai perdana menteri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Dr Mahathir juga mengiyakan kenyataan anaknya di mahkamah ketika menjadi saksi perbicaraan kes saman Mukhriz ke atas Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad.

Tambah Aziz yang juga Ahli Parlimen Sri Gading berkata beliau percaya komplot ini bermula akibat kekecewaan Dr Mahathir dan Mukhriz keputusan pemilihan UMNO 2013

“Usaha Mahathir untuk melorongkan Mukhriz sebagai perdana menteri terjejas dan satu-satunya cara untuk memastikan pelan tersebut berjaya adalah dengan menjatuhkan Najib sebagai perdana menteri dengan menjadikan Muhyiddin sebagai perdana menteri ‘sementara’,” katanya.

Aziz yang juga Ketua UMNO Bahagian Sri Gading berkata kenyataan Mukhriz yang mendakwa pembabitan Muhyiddin seawal tahun 2014 adalah bukti bahawa 1MDB bukanlah sebab mengapa mereka menentang Najib tetapi mengenai perebutan kuasa politik semata-mata.

“Isu 1MDB hanyalah alat yang digunakan untuk menjatuhkan Najib kerana pada 2014, Muhyiddin langsung tidak memberi sebarang bantahan mengenai isu ini termasuk ketika mesyuarat kabinet dan mesyuarat majlis tertinggi UMNO.

“Saya percaya rakyat Malaysia cukup matang dan dapat melihat motif sebenar di sebalik penentangan tiga pemimpin ini terhadap kerajaan yang bukan bertujuan untuk menyelamatkan negara tetapi bertujuan untuk merampas kuasa politik yang telah pun diberi mandat oleh rakyat Malaysia sendiri,” kata Timbalan Menteri pengangkutan itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana