KITA BOLEH PERCAYAI KAH LAGI MADEY INI!!!!!!PPBM AKAN KEKAL SEBAGAI PARTI MELAYU UNTUK PH RAIH SOKONGAN, KATA TUN M


Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamed menegaskan bahawa sokongan orang Melayu amat penting untuk memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum dengan menerima pemikiran mereka walaupun bersifat sangat perkauman.

Katanya, setiap parti politik yang ingin memerintah negara ini perlu menerima hakikat itu terlebih dahulu jika ingin mendapat sokongan orang Melayu.

“Pada zaman saya, kamu takkan menang kalau tak sokong orang Melayu. Keadaan masih sama,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Ramah Mesra Aidilfitri di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Mahathir, beliau secara peribadi tidak mampu untuk mengubah pemikiran orang Melayu semasa menerajui kerajaan selama 22 tahun, namun beranggapan tugas tersebut tidak wajar digalas ke bahunya sahaja.

“Ia tugas semua orang,” katanya ringkas.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) turut berkata orang Melayu masih sangat mengekalkan semangat perkauman mereka, maka peranan PPBM dalam PH sebagai sebuah parti untuk orang Melayu perlu dikekalkan.

Tambah Mahathir, hak orang Melayu akan terus terjaga walaupun Umno terhapus kerana hak itu bukan milik parti Umno.

Malah menurut Mahathir, Umno kini tidak lagi menjaga kepentingan kaum Melayu, sebaliknya hanya mementingkan sokongan politik sehingga sanggup menghapuskan dasar-dasar untuk kepentingan kaum tersebut.

“Tetapi Umno tak lagi sokong (hak Melayu). Mereka buang Dasar Ekonomi Baru, yang dimaksudkan untuk orang Melayu.

“Mereka gantikan dasar itu dan kini menyebarkan 1Malaysia.” katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana