KIT SIANG TENTUKAN SIAPA MB, HILANG SUDAHKAH MARUAH RAKYAT KELANTAN?

“Gedebe”, satu perkataan lazim yang sinonim dengan rakyat Kelantan. Ada pendapat yang mengatakan ianya bagi menunjukkan sikap samseng, ada juga yang percaya ia membawa maksud keberanian, terutamanya ketika mempertahankan hak atau pendapat.

Tak perlulah penulis sebutkan satu-satu, nama pahlawan-pahlawan dari Kelantan, yang terkenal dengan sifat keberaniannya. Cuma kali ini, ingin juga kita lihat sejauh manakah erti “gedebe” ini diterjemahkan oleh rakyat Kelantan masakini, apabila Lim Kit Siang cuba mengatur dan memperlihatkan siapa calon Menteri Besar yang digemarinya.

Kita tidak pasti apakah tujuan Lim Kit Siang sebenarnya. Mungkin ia bertujuan untuk mengalihkan isu anaknya yang sedang berkungfu pelbagai gaya demi mengelak dari “panggilan” SPRM, atau mungkin sahaja mahu orang Kelantan berlaga sesama sendiri. Mana tidaknya, bak kata orang London kenyataan tersebut bersifat “out of nowhere”.

Mencaturkan siapa menteri besar bukanlah perkara baru bagi DAP, sedang orang Melaka sahaja mampu menjadi Ketua Menteri di Pulau Pinang. Inikan pula meletakkan harapan agar orang Kelantan selaku Menteri Besar Kelantan, tentu sahaja lebih logik.

Samada cita-citanya berjaya atau tidak, itu terserah kepada nasib. Tipikal DAP, memecah belahkan rakyat adalah strategi utama. Pecah dan perintah, itulah amalan dan gaya hidup mereka selama ini dalam usaha untuk menguasai negara. Contoh yang mudah, lihat sahaja bagaimana Lim Kit Siang mampu membuat kenyataan sedemikian. Kerana dia tahu, dialah yang memerintah di dalam Pakatan Harapan, hasil terpecahnya masyarakat kepada kabilah-kabilah yang lebih kecil. Sedang sebelah tangan sudah berjaya menggenggam dan mencengkam, apa lagi yang perlu dikhuatirkan lagi?

Dan kepada rakyat Kelantan, terpulanglah jika sanggup biarkan maruah dicarik-carik, apabila berpeluk tubuh membiarkan Lim Kit Siang sesuka hati menamakan siapa yang dia mahu untuk menjadi Menteri Besar Kelantan.

Gedebe lagu mano tuh boh? Set kito jange pecoh. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana