KIT SIANG HANYA MAHU “TEST MARKET” BILA UMUM NAK BERSARA..

Penasihat DAP, Lim Kit Siang didakwa cuba meraih simpati dan menipu pengundi Cina apabila mengatakan beliau mahu bersara daripada arena politik negara.

Menurut penganalisis politik, Raja Petra Kamarudin, Kit Siang seperti mahu mengalihkan tumpuan pengundi Cina daripada isu Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang tidak diiktiraf oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

“Kit Siang selaku raja drama cuba menipu pengundi Cina dan mahu meraih simpati dengan drama persaraannya.

“Kit Siang berbuat demikian untuk menunjukkan dia melakukan pengorbanan besar dalam parti dan itu juga dilakukan untuk kebaikan pengundi Cina,” katanya menerusi blog Malaysia Today hari ini.

Baru-baru ini Kit Siang dilaporkan berkata, beliau akan memulakan jelajah ke seluruh negara bagi mendapatkan maklum balas me­ngenai cadangan persaraannya.

Menurut Raja Petra, Kit Siang tidak pernah berniat untuk bersara kerana Ahli Parlimen Gelang Patah itu telah menguasai DAP sepenuhnya.

“Kit Siang telah menjadi diktator selama 52 tahun dan berjaya menyingkirkan semua musuh politiknya, jadi mengapa dia akan bersara pula setelah menguasai DAP?” katanya.

Tambahnya, DAP hanya perlu melakukan pemilihan semula CEC bagi membolehkan ROS mengiktiraf pemimpin parti itu.

“Kenapa terlalu sukar untuk DAP mengadakan pemilihan semula, bagi sebuah parti yang berharap untuk mentadbir negara mesti mereka faham keperluan untuk berbuat demikian.

“Kalau perkara ini gagal difahami bagaimana agaknya DAP akan mentadbir negara nanti?” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana