KIT SIANG ‘DAPAT’ BUNGA KERANA BERJAYA HURU-HARAKAN KAUM MELAYU DAN CINA

Penasihat DAP, Lim Kit Siang ‘menerima’ sejambak bunga hari ini sebagai tanda kejayaannya memecahbelahkan masyarakat Melayu dan Cina di negara ini.

Bunga tersebut diberikan oleh bekas ahli DAP, Tony Tan dan diterima oleh Teoh Kheng Yeik yang merupakan Pegawai Khas Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Tony ketika menjelaskan kehadirannya di pintu masuk Dewan Rakyat hari ini adalah sebagai tanda protes hubungan baik Kit Siang dengan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini bergandingan di dalam Pakatan Harapan (PH).

“Saya hendak tanya beliau, sudah buat kerja dan membuatkan orang Melayu tak suka, tak puas hati dengan orang Cina. Bukan semua orang Cina tak suka orang Melayu,” katanya kepada pemberita.

Turut sama di protes berkenaan adalah presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao yang juga ahli DAP Subang.

Kedua-dua mereka mempersoal pendirian Kit Siang selama ini yang menjadikan Dr Mahathir sebagai seteru politik utamanya namun secara tiba-tiba beralih arah dengan bekerjasama menerusi PH.

Berlaku sedikit kekecohan antara Tony, Ramesh dan Kheng Yeik ekoran perjuangan DAP dan pemimpin utamanya yang didakwa terpesong jauh dari agenda asalnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana