*Ketepikan Pandangan Agama, Beri Perlindungan Pasangan Bersekedudukan – Hanipa Maidin AMANAH*

Dalam menyokong cadangan rakannya untuk beri hak perlindungan kepada pasangan yang bersekedudukan tanpa nikah, YB Hanipa Maidin mengajak umat Islam supaya ketepikan semua pendapat agama agar pasangan bersekedudukan ini mendapat hak mereka.
Sampai begitu sekali YB?

Kuala Lumpur – Perbahasan mengenai Akta Keganasan Rumah Tangga di Parlimen baru-baru ini, turut menyaksikan beberapa Ahli Parlimen dari Parti Amanah Negara (AMANAH), mencadangkan supaya perlindungan Akta tersebut diperluaskan juga kepada pasangan yang bersekedudukan tanpa nikah. Akta Keganasan Rumah Tangga 2017, setakat ini, hanya meliputi perlindungan kepada pasangan yang bernikah secara sah mengikut undang-undang negara. Perbahasan yang berlangsung pada 24 Julai 2017 di Dewan Rakyat baru-baru ini Mencelah menyokong cadangan yang dibuat sebelumnya oleh Dr Siti Mariah Mahmud, YB Hanipah Maidin mengajak semua pihak supaya tidak mencampuraduk dengan pegangan agama dalam menilai pemberian perlindungan kepada pasangan bersekedudukan seperti yang dicadangkan.

YB Hanipah Maidin bersetuju dan menyatakan, sudah tiba masanya perlindungan akta tersebut diluas pakai kepada pasangan teman lelaki dan teman wanita. Berikut petikan Hansard Parlimen perbahasan tersebut. “Tuan Yang di-Pertua, tadi saya dengar juga daripada— okey tentang istilah khas husband and wife ataupun boyfriend and girlfriend. Saya merasakan bahawa dari segi hal ini, akta ini mesti dengan izin, mesti neutral dari segi agama sebab kita tahu akta ini terpakai untuk semua bangsa, semua agama. Walaupun kita orang Islam ada pendirian kita mengenai hubungan boyfriend dan girlfriend dalam satu rumah. Kita orang Islam tidak boleh tinggal lelaki dan perempuan yang tidak berkahwin, tidak bernikah tidak boleh tinggal bersama.

Ini pendirian orang Islam tapi hakikatnya realitinya apa yang berlaku dalam negara ini adalah ada orang-orang yang tidak berkahwin tinggal bersama dan kadangkala mereka ini juga akan menjadi mangsa keganasan. Jadi saya rasa boleh bersetuju dengan setengah-setengah daripada sahabat-sahabat daripada Ahli Parlimen yang mengatakan bahawa sudah sampai masanya kita harus meluas pakai kepada golongan-golongan seperti itu, boyfriend dan girlfriend yang tinggal bersama yang mungkin diseksa dan sebagainya. Jadi kalau kita hendak menyelamatkan anggota masyarakat dan walaupun kita orang Islam ada pendapat kita sendiri tentang hubungan yang bukan melibatkan perkahwinan ini tapi kita harus mengetepikan pandangan itu kerana akta ini adalah akta yang terpakai untuk umum.

Jadi janganlah kita cuba mencampuradukkan pegangan agama kita sehingga kita menafikan perkara itu.” Mana-mana pasangan yang bersekedudukan atau tinggal sebumbung tanpa ikatan perkahwinan yang sah, tidak dilindungi oleh Akta Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017 yang mendapat kelulusan pindaan baru-baru ini. Perkara ini disahkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim seperti yang dilaporkan sebuah portal atas talian. Menurut Datuk Seri Rohani Abdul Karim lagi sebarang keganasan hubungan sesama pasangan masih boleh dilaporkan dibawah Kanun Keseksaan seperti Seksyen 323 dan Seksyen 324 dan seterusnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana