KETANDUSAN ISU, MEDIA PEMBANGKANG CUBA SENSASIKAN KEMBALI ISU SCORPENE, KATA MP BN

Media pro-pembangkang dilihat sengaja menghebohkan pendakwaan dua eksekutif firma pertahanan Perancis, DCNI dan gergasi elektronik Thales bagi mensensasikan kembali skandal pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia.

Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi berkata berita pendakwaan Bekas Ketua Unit Dermaga Kapal Laut DCNI, Phillippe Japiot dan bekas ketua eksekutif Thales, Jean-Paul Perrier, yang kini sedang dibicarakan di Perancis tidak melibatkan mana-mana pihak di negara ini.

Katanya, tindakan media pro-pembangkang itu jelas bermotifkan politik bagi membangkitkan semula tuduhan berkaitan skandal pembelian kapal selam Scorpene sebagai dijadikan bahan kempen pemimpin pembangkang menjelang pilihan raya umum akan datang.

“Tindakan portal berita berkenaan menjadikan berita pendakwaan Japiot dan Perrier sebagai sensasi merupakan cara mereka untuk menimbulkan persepsi negatif menggunakan isu lampau (pembelian kapal selam Scorpene),” kata Budiman ketika ditemui selepas meraikan Sambutan Aidilfitri Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) di ibu negara petang semalam.

Tambahnya, kontroversi berkaitan pembelian kapal selam Scorpene telah dijawab oleh kepimpinan kerajaan Malaysia sebelum ini, selain turut diulas bekas pendakwa terkemuka Perancis, Yves Charpenel.

Menurut Budiman lagi, sehingga kini tiada mana-mana pihak dari negara ini dikenakan tindakan undang-undang atau disapina badan kehakiman Perancis atas dakwaan salah guna kuasa dan rasuah dalam urusan pembelian kapal selam berkenaan seperti didakwa pemimpin pembangkang sebelum ini.

“Kenyataannya, media berkenaan cuba timbulkan isu ini agar dapat dijadikan peluru untuk pemimpin pembangkang dalam kempen pilihan raya akan datang.”

Budiman beranggapan tindakan itu membuktikan media pro-pembangkang semakin ketandusan isu sehingga sanggup memutar fitnah lampau demi merancuni pemikiran rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana