Kes beli hotel Felda di London…dua penilai hartanah ditahan reman 6 hari untuk siasatan SPRM

Dua orang penilai hartanah yang disyaki ‘ main harga’ dalam urusan Felda Investment Corporation (FIC) beli sebuah hotel empat bintang di Kesington,London hingga akibatkan kerugian jutaan ringgit ditahan reman oleh SPRM selama enam hari untuk siasatan SPRM.

Mereka merupakan pengarah sebuah syarikat perundingan aset berusia 45 tahun dan Ketua Unit Harta sebuah syarikat perkhidmatan pos berusia 36 tahun.

Ketika urusan rundingan pembelian hotel itu antara tahun 2013 dan 2015  mereka adalah ketua penasihat korporat dan pengarah syarikat ejen hartanah terkenal yang menguruskan pembelian berkenaan.

Mereka berdua ditahan di ibu pejabat SPRM ,Putrajaya 1 tengah hari Jumaat ketika memberi keterangan mengenai kes itu.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi Sabtu.

Hotel berkenaan dibeli pada harga RM330 juta dan dipercayai kira-kira RM100 juta melebihi dari harga sepatutnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana