Kerja Nak Fitnah Saja!!!!!! Kerajaan akan tutup laman sosial palsu - Salleh

Macam macam lah diaorang reka cipta...dulu kata media sosial akan dikenakan bayaran selepas tarikh ini...macam macam lah nak buat Fitnah...Kerajaan jugak yang kena kutuk dan dihina.Macam Sial betul golongan macam ini.

Pengendali laman sosial antarabangsa Facebook,  Twitter dan Instagram sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM)  bagi mengesan dan menutup laman sosial palsu di negara ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, "rundingan mengenai perkara itu telah dilakukan sebelum ini dan mendapat kerjasama yang baik daripada pihak berkenaan.

“Masalahnya yang kita hadapi sekarang ini adalah untuk mendapatkan bahan-bahan bukti bagi tujuan forensik yang perlu diperoleh sebelum tindakan seterusnya diambil.

“Kalau kita padam ia (akaun palsu) akan wujud lagi. ini memerlukan proses yang berterusan dengan mempunyai matlamat tertentu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah terbuka Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di Kuala Lumpur,  malam Isnin.

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Ketua Pengarah JASA, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Mengulas lanjut Salleh berkata, pengendali laman sosial luar negara itu mempunyai peraturan dan langkah tersendiri untuk memadam akaun palsu yang diwujudkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana