Kerana Kejar Kuasa....Sanggup Buat APa SAja Demi Berpolitik

Tiada siapa yang dapat menafikan bahawa Tun Dr Mahathir adalah seorang ahli politik veteran yang masih kekal mengejar kuasa di dalam politik. Menyertai UMNO sejak dari awal penubuhan parti berkenaan, dia di lihat tidak pernah penat dalam berpolitik sehinggakan dia sanggup meninggalkan prinsip politiknya untuk menyertai Pakatan Harapan demi mengejar nafsu kuasa.

Sejak menyertai Pakatan Harapan, satu persatu orang yang pernah dicop olehnya sebagai musuh politik, kini menjadi sekutunya. Baik Lim Kit Siang, dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, antara dua orang pemimpin yang pernah dipenjarakan olehnya, hari ini, mereka membentuk satu gabungan hanya semata-mata mahu menjahanamkan UMNO.

Namun begitu, disaat Mahathir boleh berbangga apabila mampu menundukkan musuh-musuh politiknya, tanpa dia sedari, kedudukan Pakatan Harapan sendiri bergolak akibat penyertaannya dalam gabungan pembangkang berkenaan. Lihat sahaja bagaimana DAP terpecah kepada dua kem iaitu mereka yang pro pada Lim Kit Siang dan mereka yang begitu mengagungkan prinsip asas DAP yang menolak Mahathir.

Di dalam partinya pula, sudah ada ahli parti itu yang mula mempertikaikan kekayaan yang diperolehi oleh anak-anaknya. Kelompok anak muda ini mahu Mahathir berterus terang dari mana anak-anaknya memperolehi kekayaan yang luar biasa ataupun mereka menganggap Mahathir langsung tidak telus dalam memimpin parti berkenaan.

Di pihak PKR pula, keadaannya semakin serabut dan serius. Sejak dari awal kecenderungan Mahathir terhadap pembangkang, sudah wujud dua kem yang berbeza pendapat tentang Mahathir. Di satu pihak, mereka masih berpegang teguh kepada prinsip asal PKR yang mana mereka cukup setia dengan kepimpinan ANwar dan Datin Sri Wan Azizah Wan Ismail.

Di satu kem pula, mereka menyokong apa jua tindakan yang dilakukan oleh Datuk Seri Azmin Ali yang sejak dari awal lagi dilihat menyebelahi Mahathir. Hal ini berterusan sehingga ada diantara pemimpin PKR sendiri tidak sebulu antara satu sama lain.

Seperti yang diungkapkan oleh Tan Sri Zainuddin Maidin yang melabelkan Mahathir adalah “politic animal”, langkah Mahathir menjernihkan semula hubungannya dengan Anwar, cukup mengejutkan. Mereka yang selama ini berada di dalam kem Anwar cukup terkejut dan sukar menerima tindakan Anwar yang memaafkan Mahathir setelah teruk di inaya selama lebih 18 tahun.

Akibatnya, satu persatu mereka yang selama ini menyebelahi Anwar mula meninggalkan perjuangan PKR. Lihat sahaja bagaimana penyokong tegar Anwar dan PKR, Otai Reformis 1998 yang memilih untuk keluar dari PKR dan menentang parti itu pada Pilihan Raya Umum ke 14 nanti atas tiket Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Tidak kurang juga penentangan ini diserlahkan menerusi suara anak muda yang enggan lagi menerima keputusan Majlis Kepimpinan Tertinggi Pakatan Harapan yang menjalinkan semula hubungan dengan Mahathir. Mereka secara terang-terangan menempelak sikap semua pemimpin Pakatan Harapan yang langsung tidak mempunyai pendirian sehingga tergamak menerima oranag yang cukup banyak menyusahkan Pakatan Harapan.

Lebih malang sekali adalah UMNO yang dahulu pernah dikuasai olehnya sendiri sudah menutup semua pintu untuk menerima semula Mahathir setelah dikhianati olehnya. Persoalannya, kemana hala tuju Mahathir selepas ini? Jika dia mahu kekal di dalam Pakatan Harapan, penyokongnya sendiri sudah menolaknya. Jika mahu kembali kepada UMNO, sudah tidak ada sesiapa mahu menerimanya semula.

Jadi, langkah terbaik untuk Mahathir, berhentilah dari terus berpolitik. Jika dia masih mahu terus berpolitik, apa yang dibimbangi adalah dia mungkin akan jadi seperti pesona non grata, seorang yang tidak dikehendaki oleh sesiapa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana