KERAJAAN SELANGOR, PEMBULI RAKYAT

Slogan peduli rakyat yang dicanang Kerajaan Selangor diketuai PKR disifatkan sebagai retorik serta mengaburi mata rakyat semata-mata.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melihat penggunaan pendekatan politik populis oleh pembangkang hanya menutup kelemahan mereka.

“Katanya mempunyai duit berjuta-juta, tetapi rakyat Selangor terus dibuli terutamanya di Gombak ini, tidak ada kepedulian mengatasi pelbagai masalah di sini,” katanya, hari ini.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gombak, di Dewan Sri Iskandar, Setiawangsa Kuala Lumpur.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Menurutnya, kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hanya pandai mengula-gulakan rakyat dengan tindakan populis kononnya mereka lebih prihatin dan menjaga kebajikan rakyat Selangor.

“Pemberian bonus dua bulan kepada kakitangan kerajaan negeri hanyalah sedikit berbanding dengan kemampuan kerajaan pusat memberikan bonus kepada kakitangan kerajaan yang jauh lebih besar bilangannya di Selangor.

“Begitu juga dengan gembar-gembur pemberian RM500 kepada jemaah haji di Selangor, jangan lupa kerajaan pusat memberikan subsidi lebih RM9,000 kepada setiap jemaah haji,” katanya lagi.

Pada masa yang sama, Zahid menyeru UMNO Bahagian Gombak bangkit dan berfikir licik seperti pembangkang dalam usaha menyapu bersih semua kerusi yang dipertandingkan di Parlimen Gombak pada PRU ke-14 nanti.

“Kita ini pembangkang negeri tetapi tidak berjiwa pembangkang. Kita berasa selesa dan tidak ada pemikiran sebagai pembangkang.

“Jangan harapkan BN dipusat, jangan biarkan Tan Sri Noh Omar sahaja yang berjiwa pembangkang, sepatutnya kita sama-sama bersatu bekerja keras untuk menang kerus parlimen dan tiga Dun di Gombak ini,” ucapnya lagi.

Ketika berucap, Zahid meminta Ketua UMNO Bahagian Gombak Datuk Abdul Rahim Kamaruddin dan timbalannya Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omar berdiri lantas bersalam dan berpelukan sebagai tanda mengatakan mereka sudah tidak bersengketa.

“Saya pastikan mereka berdua ini berjanji untuk berusaha keras merampas kembali kesemua kerusi yang dipertandingkan di Parlimen Gombak.

“Jika gagal, saya akan pastikan mereka berdua ini tidak lagi menjadi pemimpin UMNO di sini, dan dipecat dari jawatan mereka, ” tegas Zahid dan mendapat mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment