Kerajaan perkenal sistem integrasi tiket KTM-Komuter bulan depan...Terbaik Lah

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, DatuK Seri Liow Tiong Lai berkata sistem baru akan diperkenalkan bermula Ogos ini, dengan menggunakan satu tiket bagi perkhidmatan KTM komuter dengan perkhidmatan rel lain seperti transit aliran ringan (LRT), transit aliran massa (MRT) dan monorel.

Pada ketika ini hanya hanya perkhidmatan KTM komuter yang masih belum menyertai sistem integrasi tiket yang menggunakan satu tiket untuk perkhidmatan rel.

Liow dalam pada itu menambah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang mengendalikan perkhidmatan KTM komuter diarahkan untuk bekerjasama dengan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), pengendali perkhidmatan sistem LRT, MRT dan monorel  untuk mewujudkan sistem tersebut.

“Bermula Ogos ini, sistem integrasi tiket ini akan bermula di 20 stesen di Lembah Klang. Semua ini akan dilaksanakan secara berperingkat.

“Sistem tiket bersepadu ini dijangka dilaksanakan sepenuhnya menjelang akhir tahun ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan Kementerian Pengangkutan di sini hari ini.

Liow berkata sistem integrasi tiket itu akan melengkapi khidmat rel sekaligus memberi keselesaan kepada pengguna.

Sementara itu, Liow berkata satu kajian kebolehlaksanaan mengenai pelaksanaan perkhidmatan awam darat untuk peringkat terakhir perjalanan di pusat pentadbiran Persekutuan sedang berjalan.

“Kerajaan belum membuat keputusan lagi. Kerajaan masih pertimbangkan sama ada guna tram atau monorel. Ini bergantung kepada kajian kebolehlaksanaan yang sedang dilaksanakan.

“Kita memerlukan satu sistem pengangkutan yang moden di Putrajaya. Kesesakan lalu lintas di sini kian meningkat. Kita tiada pilihan lain selain memperkasakan perkhidmatan awam di sini,” katanya.

Beliau menambah peringkat terakhir perjalanan di Putrajaya akan lebih penting apabila perkhidmatan MRT dan projek rel berkelajuan tinggi (HSR) akan dibina di Putrajaya.

Ditanya sama ada monorel Putrajaya sepanjang 18 kilometer sebelum ini telah ditangguhkan pada pertengahan 2004 kerana ketiadaan peruntukan akan diwujudkan semula, Liow berkata:

“Kami akan lihat apakah sistem terbaik untuk Putrajaya. Kami akan lihat pelan keseluruhan, kos yang terbabit dan memastikan ia memberi kemudahan untuk orang ramai akses ke semua bangunan di Putrajaya," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana