Kepada bangsa melayu suka jadi barua DAP sila baca.....


Majlis Klan Cina Pulau Pinang

1.       Majlis Klan Cina Pulau Pinang adalah NGO gabungan lebih 40 klan Cina di Pulau Pinang.

2.       Maksud Klan Cina ialah persatuan-persatuan yang ditubuhkan atas nama keluarga (surname) masyarakat Cina, seperti Lim, Tan, Yeap, Ooi, Khoo, Cheah dan sebagainya.

3.       Anggota Majlis Klan Cina Pulau Pinang adalah perwakilan yang dihantar oleh setiap persatuan, dan bukannya terbuka kepada orang perseorangan. Secara amnya, perwakilan yang dihantar adalah terdiri daripada Pengerusi dan ahli jawatankuasa tinggi setiap persatuan.

4.       Kebiasaanya, pemegang jawatan tinggi dalam NGO persatuan-persatuan Cina terdiri daripada orang kenamaan, ahli-ahli perniagaan terkemuka dan aktivis-aktivis yang penting dalam komuniti orang Cina.

5.       Oleh itu, Majlis Klan Cina Pulau Pinang yang diwakili oleh orang-orang penting dalam masyarakat Cina merupakan satu NGO yang kuat dan berpengaruh.

6.       Peranan Majlis Klan Cina Pulau Pinang banyak dalam memperluaskan pemahaman budaya Tionghua dalam masyarakat majmuk di Malaysia, melalui penganjuran program-program dan festival kebudayaan dan tradisional dari semasa ke semasa.

7.       Program-program NGO ini selalunya mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat tempatan dan juga pelancong asing.

Meng Eng Soo Temple

1.       Meng Eng Soo Temple yang terletak di Jalan Pintal Tali (Rope Walk) ditubuhkan oleh ahli-ahli kongsi gelap Ghee Hin pada abad ke-19.

2.       Di dalam tokong yang bersejarah ini, diletakkan papan-papan peringatan ahli-ahli kongsi gelap Ghee Hin terdahulu yang telah berjasa kepada komuniti Cina ketika Tanah Melayu berada di bawah jajahan British.

3.       Majlis Klan Cina Pulau Pinang mengambil alih pengurusan Meng Eng Soo Temple pada tahun 2003 dan memulakan projek baik pulih bangunan dan ‘restoration’ pada tahun 2006, sehingga tempat ini kini menjadi lokasi tarikan pelancong dalam dan luar negeri.

4.       Setiap tahun pada 7hb Julai, Meng Eng Soo Temple akan mengadakan Hari Terbuka, di mana Jalan Pintal Tali akan ditutup dan diadakan banyak program budaya dan tradisional masyarakat Cina di Malaysia, seperti Chingay, tarian singa, permainan tradisional, wushu, dan makanan tradisi.

Penang CNY Cultural and Heritage Celebration

1.       Program Kebudayaan dan Warisan Pulau Pinang diadakan sejak tahun 1994 sempena sambutan Tahun Baru Cina. Program ini dimulakan secara kecil-kecilan setiap dua tahun sekali.

2.       Acara ini dianjurkan oleh Clan Youth Association Committee, yang merupakan gabungan pergerakan Pemuda bagi klan-klan Cina Pulau Pinang, dan dianjurkan di bawah naungan Majlis Klan Cina Pulau Pinang (kecuali 2008 di mana acara dianjurkan terus oleh Majlis Klan Cina).

3.       Kejayaan pengajuran acara ini setelah beberapa kali telah mendapat perhatian kerajaan Barisan Nasional ketika itu. Acara ini kemudiannya dijadikan sebagai satu acara pelancongan negeri, di samping mendapat sumbangan dana kerajaan negeri untuk tujuan penganjuran.

4.       Malah pada tahun 2006, Penang CNY Cultural and Heritage Celebration dijadikan Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baru Cina peringkat kebangsaan dan turut dicemar duli oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong.

5.       Sejak tahun 2006, program ini dijadikan acara tahunan dalam kalendar pelancongan negeri Pulau Pinang dan mendapat kunjungan daripada warga tempatan dan juga pelancong asing.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana