Kenyataan Tun M mahu tanding di Pekan bersifat populis - Hishammuddin

LIPIS: Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding di Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sekadar kenyataan bersifat populis.
 
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kenyataan itu bertujuan mengganggu tumpuan anggota Umno kerana dibuat ketika Umno bahagian sedang sibuk mengadakan persidangan perwakilan.

“Saya tengok itu merupakan kenyataan bersifat populis, kalau Tun Dr Mahathir berani bertandinglah di Pekan, saya cabar dia.

“Kalau dia berani, saya sendiri dan Datuk (Seri) Dr Ahmad Zahid Hamidi dan seluruh kepimpinan Barisan Nasional (BN) akan turun pertahankan kedudukan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) sebagai presiden parti...jadi kalau berani bertandinglah,” katanya.

Hishammuddin berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Cameron Highlands di Sungai Koyan di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Umno Bahagian Cameron Highlands yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau diminta mengulas berhubung kenyataan Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Pakatan Harapan (PH) yang menyatakan kemungkinan bertanding pada PRU14 dan mencari kawasan sesuai termasuk Pekan sekiranya keadaan memerlukan.

Sementara itu, mengulas kenyataan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berhubung sokongan Melayu terhadap Pakatan Harapan sekarang mengatasi sokongan kepada BN, Hishammuddin berkata kenyataan itu hanya satu andaian menjelang PRU14.

Rafizi yang juga penyelaras NGO, Invoke Malaysia (Invoke) baru-baru ini mendedahkan hasil kajian dibuat badan itu yang menunjukkan PH mempunyai lebih banyak sokongan Melayu dan Cina berbanding Barisan Nasional (BN), yang mungkin menyebabkan gabungan pemerintah itu tewas pada PRU14 akan datang.

Menurut kajian tersebut, sebanyak 35 peratus pengundi Melayu kini menyokong BN, kurang 1 peratus berbanding PH yang mendapat 36 peratus.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana