Kenapa Tak Berangnya!!!!!! PEluang Untuk Meneang Terus Tipis.....PKR 'berangin' PAS lancar jentera pilihanraya di Permatang Pauh

PKR nyata tidak puas hati dengan tindakan PAS mahu bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh yang diwakili Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurut Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang, PAS sengaja memprovokasi PKR apabila melancarkan jentera pilihan raya mereka di kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Jelasnya tindakan PAS itu menunjukkan mereka adalah sebuah parti yang angkuh dan tidak membantu pembangkang dalam usaha mereka menewaskan Barisan Nasional (BN).

“PKR kesal dengan tindakan PAS mengadakan program pelancaran jentera pilihanraya di Parlimen Permatang Pauh pada Ahad 16 Julai yang lalu.

“Program PAS ini merupakan satu tindakan provokasi dan angkuh yang tidak membantu dalam usaha menewaskan rejim Umno dan BN,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, Permatang Pauh dikenali umum sebagai kerusi Parlimen yang berkait rapat dengan PKR, dan menjadi lambang kebangkitan rakyat melalui gerakan Reformasi sejak PRU 1999 lagi.

“Sejak itu, Parlimen Permatang Pauh telah dimenangi PKR sebanyak 6 kali dalam pilihanraya umum dan kecil.

“Sudah tentu PKR sanggup mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan kekuatan sendiri,” kata Chua.

Beliau berkata, pendirian PAS yang berikrar ingin menawan Permatang Pauh akan dipandang seolah-olah parti-parti pembangkang bertengkaran sesama sendiri.

Sikap itu bercanggah dengan kenyataan pemimpin-pemimpin PAS yang menganggap ia masih sebahagian dari pihak pembangkang yang ingin mengalahkan Umno-BN pada PRU-14 kelak.

“Sekiranya PAS bersungguh-sungguh menentang korupsi dan kezaliman rejim Umno dan BN, kepimpinan PAS harus menghentikan segala tindakan yang mencabar kesabaran parti PKR,” kata Chua lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana