“Kenapa Mahathir Mahu Memaafkan Saya?” – Tunku Aziz

“Tun Dr Mahathir tidak perlu maafkan saya kerana pendedahan saya membabitkannya adalah benar belaka”, tegas bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Beliau berkata demikian mengulas tulisan di laman blog Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu yang secara tiba-tiba menyatakan kemaafannya terhadap media dan beberapa individu, termasuk dirinya, yang kononnya memfitnah bekas pemimpin Umno itu.

Dr Mahathir tidak pula memperincikan atas isu apakah beliau memaafkan Tunku Aziz, namun dipercayai ada kaitan dengan pendedahannya sebelum ini bahawa wujud komplot antara bekas Perdana Menteri itu dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk menjadikan anaknya, Datuk Mukhriz Mahathir sebagai calon Perdana Menteri pembangkang, jika Pakatan Harapan (PH) menang pilihan raya kali ini.

“Setakat yang saya tahu, saya tidak pernah mengatakan apa-apa penipuan. Saya bercakap benar. Sekarang ini, dia memaafkan saya untuk apa? Dia memaafkan saya kerana memfitnah, itu tidak mengapa tetapi ianya bukan fitnah. Ianya benar.

“Kalau dia nak kata ini semua fitnah, tunjuklah. Mana bukti apa yang saya katakan itu semua fitnah. Cubalah dia bagitahu. Jika bercakap sahaja (tanpa kemukakan bukti) senanglah. Memang Dr Mahathir (perangainya) begitu. Segala komen saya terhadap beliau sebelum ini segalanya benar,” tegasnya ketika dihubungi Antarapos.

Selepas Tunku Aziz mendedahkan perancangan sulit itu, pemimpin PPBM dan DAP tampil menafikan dakwaan itu dan kemuncaknya beliau disaman Mukhriz.

Tunku Aziz yang bersedia dengan tindakan saman itu turut mempersoalkan mengapa Dr Mahathir memilih untuk memaafkannya dan dua lagi pemimpin Umno selain media yang dakwanya banyak memfitnah dirinya?

Selain Tunku Aziz, Dr Mahathir turut menyatakan kemaafaannya terhadap Menteri Komunikasi Datuk Seri Salleh Said Keruak dan Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa.

“Cuba tanya Salleh Keruak, Tan Sri Annuar. Saya hairanlah kenapa hanya tiga orang sahaja. Yang lain dia tidak namakan. Banyak lagi yang mengkritik dia.

“Saya tidak boleh terima kemaafan beliau, untuk sesuatu yang tidak benar. Kalau dia kata saya buat fitnah ia tidak benar. Jadi, saya tidak boleh terima kemaafan tersebut,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana