Kenapa Kit Siang tak buat jelajah berkaitan Tun M, soal bekas ahli DAP

SHAH ALAM: Penasihat DAP, Lim Kit Siang sepatutnya mengadakan jelajah seluruh negara bagi mendapatkan pandangan penyokong berhubung kerjasama parti itu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Itu reaksi bekas ahli DAP, Shamsher Singh Thind apabila diajukan hasrat Kit Siang yang mahu mengadakan jelajah ke seluruh negara semata-mata mahu mendapat pandangan ramai bersabit kewajarannya berundur daripada politik.

"Saya hendak tanya, apabila beliau bekerjasama dengan Dr Mahathir, atau sebelum beliau bekerjasama dengan Dr Mahathir, apakah beliau juga buat jelajah? Ada pergi ke semua tempat dan bertanya (penyokong) keperluan dan kewajaran untuk dirinya bekerjasama dengan Dr Mahathir?," soalnya sinis.

Mengulas hal itu, Shamsher percaya Kit Siang akan memanipulasikan keadaan dengan mendakwa dirinya masih mempunyai pengaruh di kalangan penyokong, sekaligus menjadikan dirinya masih relevan untuk berpolitik.

Beliau juga mempersoal kaedah yang akan digunakan Ahli Parlimen Gelang Patah itu dalam siri jelajahnya kelak.

"Kit Siang hanya mahu rakyat datang, dengar cerita, dan balik. Nak rakyat bersimpati dengannya. Beliau tidak mahu orang tanya soalan, sebab beliau tidak akan beri jawapan. Itulah caranya.

"Setakat hendak buat ceramah kemudian hendak kira berapa ribu penyokong yang hadir, dan menggunakan hujah berapa ribu orang yang datang sebagai sokongan, itu tidak logik," katanya kepada Antarapos.

Kit Siang dalam kenyataanya berkata mahu mengadakan jelajah di seluruh negara  untuk mendapatkan pandangan tentang kewajarannya untuk bersara daripada politik.

Tindakan itu diambil selepas partinya sedang diancam untuk diharamkan, lebih-lebih lagi dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

Ia berikutan kritikan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, yang meminta  Ahli Parlimen Kluang yang juga pemimpin tertinggi DAP, Liew Chin Tong memberi tumpuan kepada "masalah serius" berhubung penggunaan logo parti itu pada PRU14.

Tengku Sariffuddin juga menempak Chin Tong kerana membuat 'berita palsu' terhadap Najib, selain menyebut 'DAP tidak tahu sama ada mereka dibenarkan menggunakan logo roket mereka pada pilihan raya umum akan datang'.

Selain siri jelajah ke seluruh  berkenaan isu persaraannya, Kit Siang juga memberitahu mahu mendengar pandangan rakyat tentang kewajaran anaknya, Lim Guan Eng untuk meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu mendakwa ada golongan yang dekat dengan Najib serius untuk mengambil langkah membatalkan pendaftaran DAP.

Kemelut dalam DAP yang berlanjutan semenjak 2012 menyebabkan keadaan parti itu di dalam tidak menentu, ekoran isu pemilihan jawatan di dalam parti (CEC) sehingga menyebabkan Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada 2014 enggan mengiktiraf senarai kepimpinan parti itu.

Meskipun DAP dibenarkan untuk menggunakan logo roket pada PRU13, parti itu mungkin berdepan dengan masalah yang sama dalam menghadapi PRU14 nanti.

Kit Siang dalam pada itu berkata parti itu perlu bersedia untuk berdepan dengan segala kemungkinan termasuk bertanding menggunakan logo Pakatan Harapan (PH) jika ia sempat didaftarkan sebelum PRU14.

Paling tidak, parti itu terpaksa menggunakan logo parti-parti dalam gabungan pembangkang tersebut, atau calon-calonnya terpaksa bertanding sebagai calon bebas.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana