Kenapa DAP Terlalu Takut Untuk Adakan Pemilihan Semula?

Mungkin dikalangan pemerhati politik, keputusan yang diambil oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang enggan mengadakan pemilihan semula DAP seperti yang diarahkan oleh ROS ini sebagai bukan satu keputusan yang mengejutkan. Ini kerana, sejak dari awal penubuhan parti ini, keegoan jelas menjadi keutamaan daripada akur kepada arahan undang-undang.

Namun bagi mereka yang hanya sekadar melihat keputusan yang diambil oleh DAP ini, ianya agak mengejutkan kerana DAP sendiri begitu berani mencabar apa yang telah diarahkan oleh ROS. Timbul persoalan, kenapa Lim Guan Eng dan DAP sendiri begitu takut untuk mengadakan pemilihan semula?

Sebenarnya, semasa pemilihan DAP kira-kira 4 tahun yang lalu, ahli DAP jelas mahu angin perubahan wujud di dalam DAP. Mereka sendiri mahu menyaksikan DAP diketuai oleh orang baru yang mampu membawa DAP jauh lebih baik daripada sebelum ini. Ini kerana, DAP yang selama ini diketuai oleh Lim Kit Siang jelas gagal membawa DAP jauh untuk memenangi sesuatu pilihan raya.

Pada pemilihan yang terbaharu, ahli DAP sekali lagi mahukan angin perubahan sehingga menyaksikan beberapa orang calon pilihan Lim Kit Siang tewas dalam pemilihan berkenaan. Untuk membolehkan calon pilihan Kit Siang menang dalam pemilihan berkenaan, mereka terpaksa memanipulasikan keputusan pengundian sehingga menyaksikan, kesemua calon pilihan Kit Siang menang dan dipilih menjadi pemimpin DAP.

Mungkin, antara sebab utama kenapa Guan Eng dan Kit Siang menolak untuk mengadakan semula pemilihan adalah demi kelangsungan penguasaan politik Dinasti Lim di dalam DAP. Namun, berapa ramai yang sedar bahawa pengaruh Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir juga turut memainkan peranan sehingga Guan Eng dan Jawatankuasa Pusat DAP memilih untuk ingkar terhadap arahan ROS?

Bukan satu rahsia bahawa DAP sendiri telah terbahagi kepada dua kem di mana satu kem menyokong penuh Lim Kit Siang yang hari ini secara rasminya telah bergabung dengan bekas musuh ketat politiknya, Mahathir. Di satu pihak lagi, mereka menentang habis-habisan sebarang hubungan dengan Mahathir yang pernah cuba memadamkan nama parti ini dari arus politik negara.

Memperlihatkan kepada kewujudan dua kem inilah yang menyaksikan Guan Eng dan Kit Siang enggan mengadakan pemilihan semula. Mereka sedar, mereka yang menetang hubungan baik Kit Siang – Mahathir di dalam DAP jauh lebih ramai berbanding mereka yang menyokong. Andai pemilihan semula berlangsung, besar kemungkinan hikayat Dinasti Lim akan terkubur begitu sahaja.

Andai Dinasti Lim terkubur, maka hubungan erat yang terjalin dengan Mahathir juga akan turut sama terkubur dan akan memungkinkan hala tuju DAP mungkin akan lebih liberal berbanding sebelum ini. Inilah yang amat ditakuti Kit Siang yang kini dilihat cukup yakin untuk menumbangkan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 14 nanti.

Tambahan pula, peranan yang diberikan kepada Mahathir hari ini menyamai peranan yang pernah diserahkan kepada PAS iaitu meraih seberapa banyak undi dari kaum Melayu menerusi kisah-kisah silam yang dibawa oleh Mahathir. Sekiranya Dinasti Lim ditumbangkan, Mahathir dikuburkan, maka akan lenyaplah penguasaan yang dinikmati DAP dalam penggal ini dan lebih teruk lagi, DAP tidak lagi dipandang tinggi oleh rakan Pakatan Harapan yang lain.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana