Kenapa baharu sekarang Muhyiddin ambil berat pasal FELDA?

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya mengambil berat kedudukan FELDA ketika masih berada dalam kerajaan.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Segamat, Bastien Onn berkata Ahli Parlimen Pagoh itu seolah-olah mempunyai agenda peribadi selepas mendakwa warga FELDA memerlukan penyelesaian menyeluruh terhadap permasalahan yang dihadapi.

“Mengapa tidak tanya Pengerusi FELDA sendiri dan suruh dia jawab? Apa yang hendak dipulihkan itu FELDA. Atau Muhyiddin juga mahu berdebat bersama Pengerusi FELDA?

“Tidak perlu tunggu sehingga Tan Sri Shahrir menjadi pengerusi. Mengapa sekarang? Mungkin sebab hendak pilihan raya dan terganggu dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib tempoh hari?

“Bagaimanapun, kami yakin dan percaya Datuk Seri Najib bertanggungjawab membela nasib peneroka-peneroka Melayu di FELDA yang dimulakan sendiri oleh bapa beliau Tun Abdul Razak Hussein,” jelasnya hari ini.

Terdahulu Muhyiddin dilaporkan berkata pemberian enam insentif yang diumumkan Najib pada Ahad lalu adalah gula-gula pilihanraya dan mendakwa hanya boleh meringankan beban peneroka buat sementara waktu.

Tambah Bastien  (foto), beliau diberitahu bahawa persoalan pembayaran hasil peneroka yang jug ditimbulkan Presiden PPBM itu sudah diselesaikan melalui dana pembayaran hasil kebun peneroka sama ada melalui akuan atau tunai.

“Pengurusan kebun peneroka juga diperkemaskan. Semua aduan termasuk melalui sosial media difahamkan sudah diteliti satu persatu oleh Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

“Akaun peneroka kebanyakan sudah dimuktamadkan. Apa sahaja isu yang lain sedang dirunding di antara peneroka dengan pengurus rancangan.

“Adakah ini tanda Muhyiddin mula bimbang dengan penyelesaian FELDA?” lapor Astro Awani, Jumaat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana