KEJAYAAN PROJEK MRT DICEMBURUI PEMIMPIN-PEMIMPIN PAKATAN HARAPAN

Jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK) yang berjaya disiapkan lebih awal dan tidak melebihi peruntukan ditetapkan telah menyebabkan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan jadi tidak menentu dan hilang akal dengan membuat komen-komen yang tidak sepatutnya dan keterlaluan. Komen-komen yang dikeluarkan mereka dibuat tanpa merujuk kepada fakta sebenar sehingga mendapat kritikan daripada kumpulan netizen.

Tindakan ini menunjukkan bahawa mereka sebenarnya cemburu dan dengki dengan kejayaan serta kemampuan pihak Kerajaan dalam menyiapkan projek rakyat tersebut dengan jayanya. Selain itu, banyak manfaat diterima rakyat khususnya penyertaan golongan bumiputera yang ramai dalam pembikinan projek ini dan lebih menarik lagi projek ini menggunakan sistem tender terbuka yang paling telus pernah dilaksanakan kerajaan.

Apabila Kerajaan melaksanakan agenda bumiputera, ia tidak memperlambatkan projek atau mengganggunya. Ini kerana Kerajaan memberi kontrak kepada bumiputera yang layak, bukan kroni. Di samping itu, kontraktor terlibat dipilih berdasarkan prestasi dan harga terbaik ditawarkan. Jesteru itu projek ini berjalan lancar dengan penelitian yang dilakukan oleh pihak Kerajaan.

Projek ini turut berjaya mengurangkan RM2 bilion berbanding peruntukan RM23 bilion adalah satu projek yang sangat berjaya dan ia juga berjaya disiapkan lebih awal sebelum tarikh 31 Julai yang dirancang. Lebih manis lagi, Kerajaan mengumumkan diskaun sebanyak 50% kepada pengguna MRT sehingga 31 Ogos 2017 sempena menyambut bulan kemerdekaan.

Kejayaan projek ini adalah kejayaan besar buat negara dan amat membanggakan kerana banyak projek-projek mega di seluruh dunia sering tertangguh tetapi di Malaysia, projek mega ini berjalan mengikut jadual dan perkara yang menceriakan rakyat adalah Kerajaan dapat menjimatkan kos projek ini. Dengan adanya penjimatan ini, maka lebihan dana ini boleh digunakan untuk projek rakyat lain yang akan memanfaatkan rakyat. Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana