KAWAL DOJ : MACAM SAMA JE SKRIP MAHATHIR & ARMADA, RANCANG AWAL?

TIADA siapa mendakwa Mahathir mampu mengawal DoJ, yang dikatakan banyak orang ialah Mahathir membayar pelobi supaya laporan berkaitan ‘salahguna’ wang 1MDB ini disiarkan oleh DoJ melalui platform rasminya. Ikut Mahathir memang dia nak Datuk Sri Najib Tun Razak ditangkap dan didakwa di Amerika Syarikat pun tapi bak kata Mahathir sendiri, dia tidaklah berpengaruh seperti itu.

Nampak seperti Mahathir mengangkat dirinya terlalu tinggi.

Bagaimanapun ini mengingatkan penulis bahawa budak hingusan Mahathir dalam Armada juga pernah mengeluarkan kenyataan yang hampir sama. Ketika itu dia mendakwa penulis blog Raja Petra Kamarudin (RPK) menuduhnya mampi mengawal DoJ. Walhal dalam tulisan yang dikatakan itu, tidak ada sepatah perkataan pun dimana RPK mendakwa budak mentah berkenaan mampu mengawal DoJ.

Yang dikatakan hanyalah, budak mentah ini telah mendedahkan kepada beberapa Exconya bahawa bayaran dibuat oleh Daim kepada Yayasan Clinton supaya aduan berkaitan 1MDB disiarkan oleh DoJ, itu saja. Dia tak nafi dakwaan itu (dedah cerita Daim bayar kepada Exconya), dok kalih cerita kawal Doj pulak, apa punya lawak.

Apa pun, dua kenyataan sama dari puak yang sama juga membuktikan bahawa puak-puak ini telah bersiap sedia dengan jawapan yang sama bila penglibatan mereka sebagai dalang disebalik laporan ini, didedahkan. Seperti mana mereka mengetahui bahawa aduan ini akan disiarkan DoJ lebih awal, skrip bagaimana untuk menjawab kalau dikaitkan pun telah disiapkan awal-awal.

Sebab itu bunyinya sama. Masih tak nampak lagi?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana