Kau Lah Paling Kuat Dan HIna Madey Yer!!!!! Tiada masalah Izzah jumpa Dr Mahathir sendirian di London - Khalid Samad

Pengarah KomunikasI Amanah, Khalid Samad tiada masalah dengan tindakan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berjumpa Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad secara bersendirian berbincang isu struktur kepimpinan Pakatan Harapan (PH).

Ujar Khalid Naib Presiden PKR itu dan Dr Mahathir hanya berbincang dan bukannya memutuskan sesuatu mewakili parti komponen lain dalam PH.

Khalid bagaimanapun menegaskan, keputusan berkenaan barisan struktur kepimpinan PH hanya boleh ditentukan menerusi mesyuarat Majlis Presiden PH.

"Saya rasa kalau dia pergi dia jumpa Tun M sekadar untuk berbincang, untuk mendapatkan pandangan Tun M mengenai sesuatu itu tiada masalah tetapi bila nak buat sesuatu keputusan barulah perlu dirujuk persoalan itu kepada PH untuk membuat keputusan.

"Kalau langsung tak boleh jumpa orang, itu satu perkara yang sedih. Jadi saya rasa tidak ada masalah untuk jumpa Tun M ke atau nak bincang dengan sesiapa ke tetapi dia tak bolehlah membuat sesuatu keputusan atas nama parti Keadilan (PKR) ataupun atas nama PH," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Izzah semalam menjelaskan pertemuan dengan bekas majikan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya bagi berbincang soal krisis struktur kepimpinan dalam PH.

Izzah berkata perbincangan mereka tertumpu kepada membentuk sebuah pakatan berasaskan reformasi demi menjadikan Malaysia lebih baik.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata Izzah mungkin ke London untuk berhari raya dengan Dr Mahathir.

Beliau kemudiannya menegaskan sebarang bentuk rundingan berkaitan struktur baru PH perlukan dibincang secara konsensus.

Parti komponen dalam PH sebelum ini dilaporkan media sedang bertegang urat berikutan tiada sepakat berhubung cadangan senarai nama dan jawatan struktur baru itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana