Kalau Menang.... Kalau Kalah....?Kalau PH menang PRU14, jangan lupa hak Warisan, kata Shafie Apdal

Nak berpolitik biar lah berpada pada skit nak kelentong pada orang ramai pun....Parti Warisan adalah sebenarnya sokongan kuat pada Madey.Parti Warisan disebelah Sabah tidak suka pada Madey itu lah Shafie Apdal tidak berani bersuara pada rakyat Sabah kata tidak menyokong pada Madey.

 Parti Warisan Sabah (Warisan) menyerah sepenuhnya soal siapa yang layak dinamakan sebagai Perdana Menteri kepada Pakatan Harapan (PH) jika gagasan pembangkang itu menang dalam pilihan raya akan datang.

Meskipun berada di luar gagasan itu, Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bagaimanapun PH tidak menafikan hak mereka terutamanya di Sabah.

"Apabila tiba masanya kita akan lihat bagaimana nanti jika mereka menubuhkan kerajaan.

"Soal siapa PM itu terserah kepada mereka sebab mereka bertanding paling banyak di sini (Semenanjung). Kalau mereka berpakat, berpakatlah. Yang penting kita mahu tuntut hak kita. Jangan tidak bagi hak kita," katanya kepada pemberita hari ini.

Pakatan Harapan (PH) sebelum ini bertelagah dalam soal meletakkan calon perdana menteri.

Pemimpin pembangkang sebelum ini mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim namun ditolak oleh Ketua Umum PKR itu dan mahu gagasan itu memberi perhatian kepada dasar negara, kepincangan sistem dan ke arah kemenangan PRU14.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pernah menyatakan kesediaanya untuk sekali lagi dilantik untuk jawatan berkenaan sekiranya diminta oleh rakan-rakan pembangkang.

Shafie dalam pada itu menegaskan partinya tidak akan menyertai PH memandangkan Warisan menumpukan perjuangan untuk rakyat Sabah semata-mata.

Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu memaklumkan ada perbincangan di antara partinya bersama PKR dan DAP berkenaan kerusi-kerusi yang akan ditandingi dalam PRU14.

"Saya tidak rasa PPBM akan bertanding di Sabah. Manakala DAP dan PKR adalah antara parti-parti yang akan bertanding di negeri itu. Ada perbincangan tidak formal berhubung perkara itu, dan rasanya tiada masalah," ujarnya lagi.

Shafie juga ditanya kemungkinan kerusinya di Semporna 'diintai' rakan-rakan pembangkang itu.

"Itu memang kawasan saya, (namun) terserah Allah SWT jika dipanjangkan umur.

"Terserah (jika PH bertanding di Semporna). Kalau mereka mahu bertanding dengan saya, lawanlah," ujarnya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana