KALAU KIT SIANG ADA DALAM SENARAI, SIAPA PULA HENDAK JADI TANGAN GHAIB?

Selesai sudah penyenaraian pimpinan tertinggi Pakatan Harapan, yang menyaksikan bagaimana masing-masing enggan mengalah, dan tetap mahu jadi ketua lantas memberi bayangan mudah; “satu kapal tiga nakhoda”. Almaklum sahajalah, masing-masing mengidam jawatan Perdana Menteri.

Sebaik sahaja senarai tersebut diumumkan, ramai yang tertanya-tanya di mana politikus antik Lim Kit Siang menghilang sedangkan antik politik sezamannya tersenarai. Merajuk kah, berkecil hati kah, atau meninggal kah? Jika meninggal di mana jasadnya?

Rupanya, ramai yang terlupa bahawa jawatan “tangan ghaib” memang tidak perlu didokumenkan, lantas ketiadaan Kit Siang di dalam senarai pimpinan adalah adalah sesuatu yang sangat munasabah. Dengan kedudukan DAP sebagai penyumbang tersebar ahli parlimen disusuli pula dengan kekuatan ADUN dari Pulau Pinang dan Selangor, mana mungkin Lim Kit Siang tidak tersenarai. Persis buah catur, Lim Kit Siang adalah pemainnya, tidak perlu menjadi “King”, “Queen”, “Knights” atau “Bishop”.

Ketiadaan Lim Kit Siang di antara tiga nakhoda itu sememangnya tidak mengejutkan, kerana beberapa hari lepas Muhyiddin secara tidak sedar sudah mendedahkan strategi Pakatan, apabila merujuk kepada perkataan “Tsunami Melayu”. Dikenali secara satira politiknya “tunggul”, bagaimana Muhyiddin boleh berfikir sejauh itu jika ianya tidak diperbincangkan di kalangan mereka.

Maka, senarai pimpinan yang dicanangkan sebenarnya cuba menunjukkan kononnya mereka dikuasai oleh melayu. Mereka mahu dikenali sebagai pakatan pro Melayu, apatah lagi setelah PAS bermufarakah dan mendedahkan sikap dan sifat sebenar DAP sewaktu tinggal sebumbung. Ia sangat selaras dengan cita-cita “tsunami Melayu” mereka. Sesuatu yang menarik, kali ini mereka benar-benar cuba untuk meniru formula Barisan Nasional yang dipimpin oleh UMNO setelah idea mencontohi Barisan Nasional pernah ditentang oleh DAP dan PKR sebelum ini.

Dengan “ghaibnya” Lim Kit Siang di dalam senarai nakhoda, adalah tidak sukar rakyat Malaysia memahami kenapa dan mengapa senarai kepimpinan Pakatan Harapan sebegitu rupa.

Menjual rupa semata-mata, agar rakyat terpedaya. It is all about choosing “UMNO-led Government, or DAP-led Government”. That’s all.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana