Jommm Bacaa!!!!! Kenapa Kit Siang sibuk hendak jatuhkan PAS Kelantan?

PAS mempersoalkan tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menghebahkan usaha Pakatan Harapan (PH) untuk menjatuhkan parti Islam itu di Kelantan.

Naib Presidennya, Idris Ahmad juga melihat ahli politik veteran itu terlalu taksub membuat percaturan sendiri tanpa merujuk kepada kepimpinan PH

“PAS masih pembangkang di negara ini. Kenapa tidak sibuk untuk tawan Johor, Melaka dan negeri yang sewaktu dengannya.

“Sahlah memang DAP merupakan Abang Long di dalam PH. Ketika penyokong Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim hendak tabal siapa yang akan mengetuai PH, Kit Siang tidak perlu sibuk berebut untuk menempatkan diri sebagai ketua.

“Begitulah suasana politik negara, walaupun DAP tidak menjadi Perdana Menteri, tetapi hala tuju kepimpinan akan disusun oleh DAP apabila PH menang nanti,” katanya dalam satu coretan di Facebook, semalam.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu mengulas kenyataan terbuka Kit Siang yang menyokong Naib Presiden PAN, Datuk Husam Musa sebagai calon Menteri Besar Kelantan serta mendakwa PAS akan kehilangan negeri itu.

Pada masa yang sama Idris juga berasa hairan ke atas kenyataan terbuka Ahli Parlimen Gelang Patah itu menobatkan misi menawan Kelantan sedangkan negeri itu bukan diperintah Barisan Nasional.

“Saya harap pemimpin PH masih normal,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana