Jom Baca Ini!!!!! Mengapa Mahathir tak boleh kembali jadi PM?

Selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membangunkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan meletakkan negara di peta dunia. Projek-projek meganya telah memberi manfaat kepada rakyat sehingga hari ini.
Namun, Tokoh Negarawan itu juga banyak melakukan kecurangan kepada rakyat apabila banyak projek kerajaan diserahkan kepada kroni dan kemudian diambil alih kerajaan menerusi ‘bail-out’ menggunakan wang rakyat. Benarkah beliau mahu menyelamatkan Malaysia atau perjuangannya hari ini hanya untuk menyelamatkan kroni?

Terlalu banyak kecurangan Tun M terhadap rakyat Malaysia dengan menggunakan wang rakyat untuk menyelamatkan kroninya dan kini beliau berjuang seolah-olah rakyat telah melupakan dosa silamnya.

Dalam kalangan kita, ada yang mengharapkan Tun Dr Mahathir Mohamad atau Tun M kembali menjadi Perdana Menteri. Mereka percaya hanya Tun M mampu menyelamatkan Malaysia terutama memulihkan ekonomi negara. Kempen Pakatan Harapan yang mendakwa ekonomi Malaysia semakin teruk dan negara bakal bankrap jika Datuk Seri Najib Tun Razak terus memerintah sedikit sebanyak menyakinkan rakyat bahawa Tun M perlu diangkat semula sebagai PM untuk menyelamatkan negara.

Tidak dinafikan selama 22 tahun menjadi PM, Tun M banyak berjasa memajukan negara. Sememangnya gelaran Bapa Pemodenan Malaysia dan Tokoh Negarawan layak untuk beliau. Tun M membawa Malaysia terkenal di seluruh dunia. Projek-projek meganya gah sehingga hari ini seperti Menara Berkembar Petronas, Pusat Pentadbiran Negara Putrajaya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL, Kereta Nasional Proton, Menara KL, Cyberjaya dan banyak lagi.

Namun, benarkah Tun M mampu menyelamatkan Malaysia sedangkan di bawah pentadbirannya berlaku banyak kecurangan kepada rakyat. Beliau bernasib baik kerana pada zaman kekuasaannya, rangkaian media sosial tidak ada. Jika tidak, sudah pasti lebih ramai rakyat akan bangkit memberontak seperti mana rakyat membantah Najib menerusi Perhimpunan BERSIH.

Tapi apabila mengimbas kembali era Tun M, perhimpunan seperti Bersih agak mustahil untuk berlaku kerana Tun M memerintah negara ini secara ‘kuku besi’. Demokrasi pada zamannya seperti mati. Rakyat tidak dibenarkan berhimpun untuk menyuarakan tidak puas hati. Jika berhimpun lebih 5 minit, sudah pasti anggota keselamatan atau FRU dikerah. Siapa boleh lupa Zaman Reformasi 1998 yang mana gas pemedih mata, cota, tembakan meriam air ‘menjadi popular’ manakala mereka yang tidak bernasib baik akan dipukul, diseret ke balai sebelum didakwa di mahkamah.

Melihat Perhimpunan Bersih yang mampu diadakan sehingga 5 kali serta berlangsung secara aman membuatkan sesetengah orang mula sangsi tentang masa depan negara sekiranya Tun M kembali berkuasa.

Kita tidak lupa dengan akta-akta zalim yang digunakan Tun M untuk menghancurkan musuh-musuhnya atas alasan ancaman keselamatan negara sedangkan mereka bukanlah bahaya seperti komunis atau DAESH. Akta ISA, Akta OSA dan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak digunakan sewenang-wenangnya untuk memenjarakan orang.

Dari segi ekonomi, Tun M diakui seorang doktor perubatan yang memiliki ilmu ekonomi yang hebat. Tapi perlu diingat, beliau juga menyalahguna kekayaan negara untuk menyelamatkan kroni. Lihat bagaimana beliau menyerahkan syarikat penerbangan negara, MAS, kepada Tan Sri Tajuddin Ramli. Selepas MAS menanggung kerugian, kerajaan terpaksa ‘dibail out’ menggunakan wang rakyat RM1.8 bilion.

Projek-projek rakyat diswastakan kepada kroni dengan perjanjian berat sebelah seperti Projek Lebuharaya Utara Selatan (PLUS) yang mana rakyat terpaksa menanggung beban kenaikan tol dalam tertentu tempoh sedangkan syarikat terbabit sudah pun mengaut keuntungan.

Skandal PERWAJA pula dimanipulasi dan syarikat besi keluli milik negara itu menanggung hutang dan kerugian hampir RM10 bilion. Laporan Price Waterhouse mendedahkan PERWAJA membayar RM76.4 juta kepada sebuah syarikat yang tidak pernah wujud. Sehingga kini, misteri kemana wang itu hilang tidak dapat diselesaikan.

Di kala orang bercakap tentang MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK), Tun M juga boleh berbangga dengan projek STAR-LRT, Putra-LRT dan KL Monorail. Tapi sayangnya, tiga syarikat milik kroni yang diberi hak membina dan mengendalikan pengangkutan awam itu telah pun bankrap tapi mereka masih hidup mewah kerana syarikat mendapat ‘bail-out’ kerajaan menggunakan wang rakyat.

Apa yang melegakan rakyat sekarang, perkara yang sama tidak akan berlaku kepada projek MRT yang dibiayai terus oleh kerajaan sekaligus menjadikan MRT milik negara. Rakyat perlu bertanya apakah maksud Tun M apabila beliau berkata mahu selamatkan Malaysia. Adakah bermaksud beliau sebenarnya mahu menyelamatkan kroninya?

Kita perlu curiga dan was-was dengan perjuangan Tun M sekarang. Adakah perjuangan beliau ini didalangi kroni-kroninya yang tidak puas hati dengan pentadbiran Najib yang mempunyai polisi menyerahkan projek mega kepada syarikat milik kerajaan dan bukan milik individu.

Bolehkah rakyat menaruh harapan kepada kerjasama Tun M dan Pakatan Harapan kerana terdapat persepsi ketara yang mereka mempergunakan antara satu sama lain untuk kepentingan politik. Pakatan Harapan juga terlalu terdesak untuk berkuasa sehingga sanggup melantik Tun M, seorang “nobody” (setelah meninggalkan Umno) yang dijadikan orang nombor satu untuk puak pembangkang.

Jika melihat tindak tanduk Tun M, walaupun kelihatan terdesak mahu menjatuhkan Najib, beliau jarang menghentam UMNO. Mungkinkah beliau mungkin mahukan UMNO memerintah negara? Pelbagai strategi boleh dilakukan oleh Tun M yang terkenal tipu muslihat politik. Tidak mustahil jika Pribumi keluar Pakatan dan bekerjasama dengan UMNO membentuk kerajaan jika Pakatan menang PRU14. Tidak mustahil juga untuk beliau membubarkan Pribumi dan menyertai semula UMNO kerana kesemua ahli Pribumi adalah bekas ahli UMNO.

Jika dua tahun dahulu, tidak boleh diterima akal Tun M mahu “sekapal” dengan Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim – dua individu yang dibencinya sejak sekian lama. Namun jika melibatkan Tun M, tiada apa yang mustahil, semuanya boleh menjadi kenyataan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana