Janji dengan Pelbagai Janji....Untuk Raih Undi Saja TEtapi Kena Ingat...?

Rakyat diingatkan supaya tidak terpengaruh atau menaruh harapan dengan manifesto pakatan pembangkang kerana ia bukannya janji yang boleh ditunaikan. Sikap tidak menepati janji pakatan pembangkang menyebabkan ramai rakyat menjadi mangsa dan kecewa.

Pakatan pembangkang hanya pandai merungut, kutuk dan bercakap pandai dengan janji manis di bibir sahaja. Disebabkan itu, rakyat perlu bijak menilai sikap pakatan pembangkang yang dilihat hebat berjanji dan pandai berdolak-dalik dalam menjawab segala persoalan dikemukakan berkaitan manifesto mereka.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), pakatan pembangkang sudah kalah buat kali ke 13 dalam sejarah pilihanraya negara kita. Mengapa rakyat kalahkan pembangkang? Jawapannya mudah, ia kerana pembangkang hanya pandai berjanji dan memberi harapan sahaja.

Cuba bayangkan apa akan jadi pada negara ini jika puak Pakatan Harapan yang hanya pandai berjanji dan memberi harapan sahaja berjaya memerintah negara?

“Negara dengan rizab minyak paling banyak dalam dunia merupakan antara negara termiskin dalam dunia. Venezuela adalah negara utopia yang menjadi model negara contoh pembangkang di Malaysia.

“Mana tidaknya, di Venezuela harga petrol adalah termurah dalam dunia iaitu US$0.01 per liter atau dalam Ringgit Malaysia hanya 4 sen per liter, pendidikan percuma dari peringkat rendah hingga ke peringkat tertiari (universiti), harga barang dikawal kerajaan, gaji pekerja awam dan swasta dikawal kerajaan, tak ada GST melainkan VAT yang hanya dikenakan ke atas barangan import yang perlu dibayar oleh pengimport/peniaga.

“Bukankah dasar-dasar di atas adalah yang dijanjikan oleh pembangkang sekiranya mereka berjaya mengambil alih pentadbiran negara?,” kata seorang pemerhati politik.

Tambahnya, negara sosialis Venezuela cuba mengawal segala aspek ekonomi termasuk pengeluaran dan keuntungan. Peningkatan gaji dikawal juga oleh kerajaan Venezuela sehinggakan tahun ini sahaja Nicolas Maduro Presiden Venezuela sudah menaikkan gaji minimum sebanyak 5 kali.

Namun bagaimanapun, beliau berkata kesan apabila kerajaan mengawal segala-galanya daripada pertumbuhan gaji, harga barang, harga minyak, tiada cukai adalah kekurangan barangan di dalam pasaran, perniagaan tidak boleh menjana keuntungan, kadar inflasi mencecah 1,000% dan macam macam bencana ekonomi yang lain.

“Bukan sahaja gaji yang dinaikkan kerajaan tidak cukup untuk membayar harga barang yang naik melambung-lambung, sampaikan ubat gigi pun terpaksa dicatu. Petrol paling murah dalam dunia tetapi barang lain sangat mahal disebabkan dasar kerajaan yang mengawal produksi, mengawal keuntungan peniaga.

“Apabila harga barang dikawal, tiada insentif untuk peniaga bersaing dan mengeluarkan barangan, apabila gaji minimum dan pertumbuhan gaji dikawal, majikan dan perniagaan tidak mempunyai fleksibiliti untuk bertindak dengan keadaan ekonomi semasa.

“Subsidi berlebihan sehingga ekonomi yang bergantung kepada permintaan dan penawaran (demand and supply) terganggu dan menyebabkan kekurangan di dalam pasaran.

“Pendidikan percuma diberikan tetapi tiada cukai GST. Negara-negara Eropah yang memberi pendidikan percuma semuanya mengenakan cukai VAT/GST lebih daripada 20%,” katanya.

Beliau berkata inilah yang diperjuangkan pembangkang, sebuah negara utopia tiada cukai, harga barang dikawal kerajaan, gaji dikawal kerajaan, pendidikan percuma (tanpa cukai).

“Akhirnya Malaysia akan jadi seperti Venezuela dengan kadar inflasi lebih 1,000% (sekarang 3-4%), barangan asas terpaksa dicatu kerana kekurangan barangan di dalam pasaran.

“Undilah Pakatan Harapan untuk Malaysia yang maju dan berkebajikan seperti Venezuela,” katanya lagi. -Utaranews.com

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana