Jamuan Hari Raya DAP Tiada Sambutan Orang Ramai......

Majlis jamuan hari raya Aidilfitri anjuran DAP Pulau Pinang semalam di Dewan Jawi , SPS berlangsung dalam keadaan hambar & kurang mendapat sambutan ramai dimana hanya sekitar 700 orang saja tetamu yang hadir walau semua pemimpin utama negeri ini turun ke lokasi tersebut.

Sambutan dari penduduk tempatan juga sangat hambar di mana orang melayu tempatan sendiri tak ramai yang hadir meraikan majlis anjuran DAP PP. Nampak jelas di sini di Nibong Tebal majority besar org melayu masih tak dapat terima DAP dalam hati mereka.

Jauh berbeza sambutan Aidilfitri UMNO Bahagian nibong Tebal yang diadakan pada raya ketiga lalu mendapat sambutan hampir 10,000 penduduk sebagaimana yang kami laporkan tempohari.

DAP Pulau Pinang juga didakwa merosakkan perayaan Aidilfitri dengan menjadikan majlis ini sebagai tempat edarkan risalah mengandungi pelbagai isu politik yang memburuk-burukkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) diedarkan kepada semua pengunjung majlis yang turut dihadiri kanak-kanak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana