JAMAL MAHU JADI KETUA PEMUDA UMNO

Datuk Seri Jamal Md Yunos meluahkan hasrat untuk bertanding jawatan ketua Pemuda Umno bagi menggantikan Khairy Jamaluddin jika jawatan itu kosong selepas pilihan raya umum depan.

“Kalau YB (Yang Berhormat) Budiman (Mohd Zohdi) bertanding di parlimen Sungai Besar, Datuk Imran (Tamrin) di DUN Sungai Panjang dan Cikgu Samad (Wahab) DUN Sekinchan, jadi di mana ketua Umno bahagian Sungai Besar nak bertanding?

“Kalau dah tak ada tempat di Sungai Besar, ketua bahagian nak bertanding ketua Pemuda Umno Malaysia,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Sinar Harian.

Pemimpin Baju Merah itu dilapor berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian mesyuarat Pemuda Umno Sungai Besar di Dewan Umno Sungai Besar, tengah hari tadi.

Jamal kemudiannya dilapor bertanya kepada perwakilan, adakah mereka bersedia menyokongnya jika beliau menawarkan diri.

“Adakah semua boleh sokong saya? Jauh lagi… kita kena tunggu lepas pilihan raya ini,” katanya.

Bagaimanapun, ketika ditanya dalam sidang media selepas itu, beliau enggan mengulas lanjut.

Ditanya sama ada beliau cukup syarat dan kelayakan, Jamal yakin dengan hasrat berkenaan.

“Tiada komen, lebih kurang begitulah,” katanya lagi, seperti dilaporkan harian itu

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana