“ITU CUMA PANDANGAN PERIBADI KIT SIANG” – SALAHUDDIN

“Itu pandangan peribadi Lim Kit Siang,” demikian kata Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub mengulas mengenai kenyataan pemimpin DAP itu yang menamakan Datuk Husam Musa sebagai Menteri Besar Kelantan.

Menurut Salahuddin, Amanah menyerahkan sepenuhnya kepada rakyat untuk menentukan calon yang bakal diangkat sebagai Menteri Besar Kelantan sekiranya Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Untuk pilih siapa menteri besar, biar parti yang menang nanti.

“Sesiapa saja boleh namakan sesiapa kerana itu adalah hak individu dan kita tak terikat dengan pandangan itu.

“Mengenai siapa nak jadi perdana menteri, menteri, menteri besar bagi pendapat saya biar rakyat menilai,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini.

Tambah Salahuddin, DAP tidak pernah merujuk atau mengadakan perbincangan dengan Amanah bersabit cadangan menamakan ADUN Salor itu sebagai calon Menteri Besar Kelantan.

“Kit Siang tidak pernah berbincang dengan kami, malah isu itu juga belum pernah dibincangkan dalam kalangan kami (Amanah), kita hanya bincang mengenai isu rakyat untuk memastikan kemenangan parti.

“Kit Siang hanya bercakap isu siapa calon Menteri Besar Kelantan dalam ceramahnya,”katanya.

Katanya lagi, rakyat tidak bodoh untuk menilai siapa yang lebih layak untuk mengisi jawatan tersebut kelak.

“Biar rakyat menilai, rakyat bukan bodoh untuk menilai siapa yang paling layak, kita buat kerja hari ini dan tunjukkan kewibawaan, esok jika diberikan kemenangan itu terpulang pada rakyat.

“Apabila sampai masanya nanti, kita akan tonjolkan siapa paling layak mentadbir negara dan negeri,” katanya.

Pada 30 Jun lalu, Kit Siang mencadangkan agar Husam, yang juga Naib Presiden Amanah diangkat sebagai calon Menteri Besar Kelantan sekiranya PH berjaya menawan negeri itu daripada PAS pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Menurut Kit Siang, beliau yakin Husam mampu membawa perubahan kepada negeri itu yang selama ini diperintah oleh kepimpinan PAS.

Cadangan Kit siang itu mendapat kritikan PAS.

Naib Presiden PAS yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pengumuman Kit Siang itu memperlihatkan betapa berkuasanya DAP dalam pakatan pembangkang.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan berkata kenyataan Kit Siang itu jelas menunjukkan DAP cuba menjadi ‘Abang Long’ dalam PH.

Katanya, calon Menteri Besar seharusnya ditentukan oleh rakyat di negeri itu dan bukannya pihak lain, selain melihat cadangan itu sebagai cubaan untuk memperbodoh-bodohkan rakyat Kelantan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana