Isu Cukai Pelancongan beres…Nazri umum rakyat Malaysia FREE…hanya pelancong asing kena RM10

Riuh pasal Cukai Pelancongan nampaknya boleh tutup buku.Rakyat Malaysia tidak perlu lagi nak fikir pasal cukai kerana ia hanya akan dikenakan keatas pelancongan asing saja.

Itu pun kadarnya cukup murah RM10  flat rate untuk satu bilik bagi hotel semua bintang.

Tarikh perlaksanaan cukai itu yang asalnya 1 Julai kemudian ditukar ke 1 Ogos ini tak jadi.

Sebaliknya Jabatan Kastam yang akan berfungsi kutip cukai berkenaan akan putuskan tarikh perlaksanaan bila siap mekanismenya.

Pengumuman berita gembira bagi rakyat Malaysia ini dibuat oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan,Datuk  Seri Nazri Aziz ketika menjawab soalan di sidang Dewan Rakyat Rabu.

Beliau menjelaskan keputusan terbaru ini dibuat selepas perbincangan dengan pelbagai pihak.

Katanya untuk rakyat Malaysia menginap di hotel semua bintang tidak dikenakan langsung cukai berkenaan.

Menurut Nazri penetapan kadar flat rate RM10 untuk pelancongan asing adalah bagi kemudahan Jabatan Kastam membuat kutipan.

Katanya senang saja buat kutipan berdasarkan jumlah bilik yang disewa pelancongan asing.

Beliau tidak melihat kadar RM10 itu membebankan pelancong asing kerana ikut tukaran wang ia hanta sekitar 2 Euro saja.

Mengenai tarikh perlaksanaan,Menteri itu kata pihak Jabatan Kastam yang akan kutipnya perlu sedikit masa untuk merumuskan mekanismenya.

Katanya mereka minta sikit masa untuk tujuan itu.

Asalnya kadar Cukai Pelancongan ditetapkan terbahagi kepada 4 kategori iaitu RM20 untuk penginapan semalam di hotel 5 bintang, RM10 hotel 4 bintang, RM5 hotel 3 bintang serta RM2.50 bagi hotel 2 bintang dan ke bawah.

Semua pelancong asing akan dikenakan cukai pelancongan

Begitu juga warganegara Malaysia yang tinggal di hotel 3 bintang  keatas.

Hanya yang tinggal di hotel bawah 3 bintang tidak kena cukai.

Sebelum ini antara kontroversi yang timbul ialah kerajaan negeri Sarawak mempersoalkan perlaksanana cukai itu.

Namun isu itu telah selesai dengan baik.

 Rang Undang-undang Cukai Pelancongan 2017 yang dibentangkan Nazri telah diluluskan dengan undian majority pada sidang Parlimen April lalu.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment