Insentif RM5,000 Setiap Peneroka Felda....Wowwww Terbaik

PUTRAJAYA: Setiap peneroka Felda bakal menerima wang tunai, RM5,000 sebagai insentif menjelang akhir Ogos ini sempena sambutan ulang tahun ke-61 pertubuhan itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara itu memberitahu, keseluruhannya ia melibatkan 94,959 peneroka.

Katanya, kerajaan juga akan membantu peneroka melangsaikan pinjaman bagi memiliki saham Felda Global Ventures.

"Mari kita terus bekerjasama kerana kerajaan mengharapkan sokongan komuniti Felda  dan peneroka pula bergantung kepada kerajaan untuk memastikan kelangsungan program ini," katanya pada sambutan Hari Peneroka Felda pada Ahad.

Kira-kira 25,000 peneroka menghadiri majlis yang diadakan di Dataran Putrajaya sejak Sabtu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana