Insentif Najib Kepada Peneroka FELDA Mengejutkan Pembangkang

Jauh dari jangkaan. Itu antara pendapat warga FELDA ekoran pegumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membantu peneroka yang terus setia bersama FELDA.
Pengumuman sempena Hari Peneroka FELDA Peringkat Kebangsaan 2017 pada Ahad turut diiringi ingatan Najib kepada pembangkang supaya tidak memburukkan FELDA malah menghentikan angan-angan untuk menawan Putrajaya pada PRU akan datang.

Ini kerana pembangkang sering menyerang FELDA dengan pelbagai tohmahan semata-maya untuk meraih simpati agar menyokong perjuangan mereka bagi menawan kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang mereka tandingi Umum mengetahui ada peneroka termakan hasutan pembangkang malah bertindak menyaman FELDA kerana rasa tidak puashati dan terhasut dakyah pembangkang yang setiasa mencari salah laku agensi penanaman berkelompok itu.
Sebenarnya, hanya segelintir kecil peneroka yang tidak memihak kepada FELDA sedangkan sebilangan besar 110, 000 peneroka tetap setia bersama agensi tersebut.

Kehadiran kira-kira 25,000 warga peneroka mewakili tanah rancangan FELDA di negara ini pada sambutan di Putrajaya semalam menunjukkan jelas sokongan padu mereka terhadap pihak yang berjaya merubah kehidupan mereka.Dalam ucapannya di majlis itu, Najib percaya FELDA terus kekal sebagai agensi berintegriti dan diurus tadbir dengan baik supaya member pulangan terbaik bukan sahaja kepada peneroka tetapi kerajaan.

Justeru katanya, peneroka perlu memastikan kerajaan yang berpusat di Putrajaya dipertahankan demi masa depan anak-anak peneroka di masa hadapan.Kita tekad dalam apa jua keadaan Putrajaya tetap kita pertahankan. sebab itu pembangkang jangan berangan-angan meniupkan cerita-cerita yang tidak benar, konon FELDA tak sokong kerajaan hari ini.

“Lihat sahaja 25,000 yang berhimpun, itu pun sebahagian sahaja, kerana dasar kita, kita tahu bahawa masa depan anak mereka bergantung kepada kerajaan kita hari ini yang berpusat di Putrajaya,” jelasnya.

Berbalik enam insentif yang diumumkan, ia memberi gambaran jelas bahawa FELDA mempunyai kewangan yang kukuh tidak seperti digembar gembur pembangkang kononnya FELDA hampir bankrap.

Enam pengumuman Perdana Menteri kepada peneroka FELDA adalah:

1) Insentif RM5,000 kepada 94,956 orang peneroka pada akhir Ogos 2017 dengan jumlah keseluruhan RM474.7 juta

2) Pelupusan hutang tanam semula berjumlah RM5,000 kepada setiap peneroka melibatkan peruntukkan RM519 juta.

3) Pelupusan sebahagian baki pinjaman saham FGV libatkan lebih 77,000 peneroka. Bagi mereka yang habis pinjaman akan mendapat RM1,820

4) Kelulusan bagi pinjaman pembesaran rumah tanpa faedah berjumlah RM40,000 dan boleh membina lebih dari satu unit rumah dalam satu tapak. Melibatkan 70,000 tapak rumah peneroka. Jumlah kos keseluruhan RM2.8 billion.

5) Geran khas tanam semula melibatkan RM7,500 bagi setiap hektar.

6) Dana khas RM300 juta diwujudkan bagi tempoh 2017-2021 bagi lupuskan lebihan hutang tanam semula melebihi jangkaan RM40,000.

Ianya juga menunjukkan FELDA diurus tadbir dengan baik dengan perancangan-perancangan bagi membolehkan insentif berkenaan diberikan.

Jelas walaupun ditohmah ekoran isu Felda Global Ventures Holding Berhad (FGV), FELDA membuat kejutan kepada peneroka dengan insentif-insentif tersebut sekaligus menutup rapat mulut pembangkang yang bercita-cita besar mahu menawan kerusi-kerusi DUN dan Parlimen di kawasan FELDA.

Syabas bukan sahaja kepada Najib kerana dapat meneruskan legasi allahyarham bapanya Tun Abdul Razak Hussein tetapi kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim dan Pengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Abdul Samad kerana terus menceriakan warga peneroka

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana