Ini kata MB Perak mengenai hasrat Hasbullah tak mau lagi bertanding PRU14...

Menteri Besar Datuk Seri Dr.Zambry Abd Kadir tampil mempertahankan keputusan ADUN Kubu Gajah, Ahmad Hasbullah Elias dan pada masa sama menafikan beliau yang juga abang Ustaz Kazim akan menyertai pembangkang.

Bagaimanapun Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Perak percaya pihak pembangkang akan mengambil kesempatan dengan keadaan ini serta akan memanipulasi isu bagi menggambarkan keadaan negatif dalam UMNO.

Zambry yang ditemui media selepas program RTM di Ipoh  pada Isnin enggan mengulas lebih lanjut mengenai keputusan Hasbullah “ . . . biarlah saya berjumpa dengannya terlebih dahulu.”

Beliau juga tidak menafikan Hasbullah merupakan calon popular di kawasan berkenaan melalui pendekatan turun padang yang wakil rakyat BN itu lakukan selama ini. “ calon popular ingin mengundur diri tetapi yang tidak popular pula mahukan peluang menjadi calon . . .”katanya separuh tertawa.

Bagaimanapun Menteri Besar berkata, kerajaan dan UMNO Perak menghormati keputusan yang diambil Adun Kubu Gajahyang mengumumkan keputusannya untuk menarik diri daripada bertanding lagi sebagai calon BN pada PRU ke-14 nanti.

Dr.Zambry berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita mengenai keputusan Hasbullah menolak menjadi calon dan  mempertahankan DUN Kubu Gajah dalam PRU ke14 kelak. Beliau menjadi hos program Selamat Pagi Perak di Perak FM, Ipoh pada Isnin.

Hasbullah dalam satu sidang media semalam (Ahad) mengumumkan keputusan  tidak mahu menjadi calon mempertahankan DUN Kubu Gajah. Ekoran keputusannya,pelbagai pihak berpendapat ada sesuatu yang tidak kena dalam UMNO bahagian Larut.

Dr Zambry menjelaskan beliau bagaimanapun tidak boleh memberi komen yang lebih panjang mengenai perkara itu melainkan mendapat terlebih dahulu maklum balas daripada Hasbullah.

Katanya, YB Hasbullah cuma membuat kenyataan akhbar terlebih dahulu  berhubung  keputusannya itu.

``Apapun pihak kerajaan dan juga bagi pihak parti kita ucapkan terima kasih kepada beliau kerana menyatakan hasrat itu. . . Cuma saya tidak boleh membuat komen yang lebih panjang melainkan saya mendapat  maklum balas dariapda YB Hasbullah terlebih dahulu kerana beliau belum berjumpa dengan saya.

``Beliau (Hasbullah) tidak memaklumkan kepada saya secara rasmi … secara peribadi  Hasbullah tidak ada masalah dengan saya mungkin beliau memikirkan masa untuk beliau  berkhidmat sudah sampai ke penghujungnya  sepertimana yang saya telah umumkan sebelum ini kepada akhbar iaitu ada dikalangan YB yang menyatakan hasrat  dan hari ini kita mendengar seorang lagi  YB menyatakan hasrat untuk tidak bertanding,’’ katanya.
         
Ditanya pemberita kononnya ada dakwaan Hasbullah akan menyertai parti lain, Dr Zambry berkata, dakwaan itu hanya lebih kepada spekulasi.

``Jadi saya dengan diapun tiada masalah …saya kenal beliau sejak zaman Pemuda dahulu dia anak buah sayalah dan kita lihat Hasbullah menyatakan  sayang kepada parti jadi soal itu lebih kepada spekulasi… saya tidak anggap bahawa beliau akan berbuat demikian.’’ jelas Dr Zambry.

Kepada satu pertanyaan lain,  bahawa Hasbullah dilihat sebagai seorang calon popular dan perlu dikekalkan sepenggal lagi sesuai dengan resepi winnable dan likeable, Dr Zambry berkata, beliau akan melihat dari semua aspek  berhubung perkara itu.

``Saya katakan tadi saya tidak boleh buat komen soal seseorang itu popular ataupun tidak yang lebih penting apabila mereka menyatakan hasrat perkhidmatan mereka.

``Mungkin ada yang popular tetapi dia dah tak nak berkhidmat..kita boleh kata apa. Ada pula yang tak popular tapi nak juga berkhidmat ..jadi macam-macam jenis ada …jadi ada orang yang mungkin  dah rasa kalau dia nak berhenti waktu dia tengah popularlah …jadi macam-macam andaian yang boleh kita buat ..apapun saya akan tunggu apabila dia jumpa sayalah,’’ katanya.

Kepada satu soalan lain, Dr Zambry berkata, pihak pembangkang akan mengguna pelbagai cara untuk menanam kebencian rakyat terhadap pemimpin dan kerajaan BN.

``Mereka akan menggunakan pelbagai cara dan apa cara untuk menunjukkan bahawa kerajaan yang ada ini adalah kerajaan yang tidak baik hanya mereka sahaja yang baik.

``Mereka akan terus mengulang ulang tuduhan kerana saya melihat ini satu pendekatan yang mana akhirnya setiap pembohongan itu akan dipercayai. . . jadi kita telahpun masak dengan cara mereka.

``Lantaran itu saya tidak bermain di padang mereka cara mereka kerana ada dikalangan mereka mengharapkan supaya saya menjawab jadi saya fikir saya tidak perlu menjawab…lebih baik saya menceritakan kepada rakyat apa yang kita buat kerana yang paling penting ialah rakyat . . . rakyat ingin tahu apa yang kita buat, apa yang telah kita laksanakan ..apa yang telah kita capai dalam sepanjang pentabiran kerajaan BN di Perak,’’ katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana