Ini dia Langkah Kajang yang sebenar....

Langkah Kajang atau Kajang Move sebelum ini dikenali sebagai strategi politik PKR untuk menobatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Langkah tempang itu gagal teruk, Anwar tak jadi MB dan berakhir di penjara, manakala isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hanya jadi ADUN biasa daripada Kajang.

Yang untung daripada strategi tersebut adalah Datuk Seri Azmin Ali dan sehingga kini ramai yang anggap Langkah Kajang sebagai tindakan politik paling gagal pakatan pembangkang.

Kerana Langkah Kajang juga PKR kehilangan Tan Sri Khalid Ibrahim, hilang sokongan PAS dan macam-macam lagi termasuklah berkuburnya Pakatan Rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin melalui status Facebook menyindir Langkah Kajang yang pernah digerakkan oleh pembangkang sebelum ini.

Melalui sekeping gambar berkaitan projek Transit Aliran Massa (MRT) laluan Kajang, Najib berkata, kemudahan pengangkutan awam berkenaan merupakan Langkah Kajang yang sebenar.

“Langkah Kajang yang sebenar. Akan menemui anda dalam tempoh tujuh hari lagi,” katanya di laman Facebook hari ini.

Fasa dua perkhidmatan MRT laluan Semantan-Kajang akan dilancarkan pada 17 Julai ini.

Fasa kedua itu akan melengkapkan jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang sepanjang 51 kilometer.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana