Husam : PAN ‘Anak Kandung’ PAS Lah, Bukan DAP...Muka Tak Tahu Maluuuu

Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa menyifatkan parti itu merupakan ‘anak kandung’ PAS kerana lebih dekat dengan parti berkenaan, bukan DAP.

“Jadi Amanah tidak dilihat sebagai anak kandung DAP di Kelantan tetapi sebagai anak kandung PAS. Anak kandung PAS.

“Jadi persepsi bahawa Amanah adalah anak kandung PAS lebih kuat daripada Amanah adalah anak kandung DAP.

“Jadi, saya tidak nampak isu ini begitu serius. Saya adalah kelahiran PAS dan parti Amanah adalah anak PAS. Daripada rahim PAS. Tiada seorang pun pemimpin Amanah daripada DAP. Semua dari PAS,” katanya ketika sidang media di Wisma Amanah di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Husam mendakwa, PAS menganggap Amanah ‘anak luar nikah’ ekoran dilihat sebagai saingan hebat parti itu khususnya di Kelantan.

“PAS tidak mengaku ini anak PAS. Dikira sebagai anak luar nikah. Kenapa tidak mahu mengaku, sebab masa depan politik Malaysia. Kalau Amanah boleh bertahan pilihan raya ini dan PAS hilang kerajaan Kelantan dan kalah Parlimen-Parlimen. Parti Islam masa depan adalah parti Amanah,” katanya.

Amanah, parti serpihan PAS yang kini bernaung di bawah Pakatan Harapan (PH) bersama PKR, DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pernah berikrar untuk menakluk Kelantan pada PRU akan datang.

Keyakinan tersebut turut pernah disuarakan Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub yang dilaporkan berkata, partinya sedia menentang PAS di setiap kerusi yang bakal dipertandingkan menjelang PRU kelak.

PAS kini menguasai 31 kerusi daripada 45 kerusi DUN di negeri berkenaan.

Untuk rekod, PAS memegang tampuk pemerintahan Kelantan sejak tahun 1990 sehingga kini.

Dalam pada itu, Husam yakin Pakatan Harapan (PH) mempunyai peluang yang cerah untuk merampas negeri itu daripada PAS berbanding Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 tidak lama lagi.

“Mustahil Umno untuk perbaiki kedudukan, lagi menurun lagi ada. Sebab itu pakatan ada peluang untuk menang di Kelantan. Adapun mengenai logo dan persiapan struktur Pakatan Harapan, ia sedang progres secara positif. Bila Dr Mahathir Mohamad balik dari London mesyuarat Majlis Pimpinan parti PH akan diadakan dan semua isu akan diselesaikan,” tambahnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana