Husam gopoh mahu jadi Menteri Besar

Naib Presiden PAN, Datuk Husam Musa disifatkan terlalu gopoh mahu menjadi Menteri Besar Kelantan meskipun parti diwakilinya belum menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, sesiapapun termasuk Husam berhak memasang impian untuk menjadi Menteri Besar, namun perkara itu tidak akan menjadi kenyataan jika partinya tidak menang dalam pilihan raya.

Selain itu, katanya, calon Menteri Besar juga perlu mendapat restu istana, bukan sekadar restu DAP semata-mata.

“Sebenarnya mana-mana parti yang menang boleh menamakan calon Menteri Besar. Sehubungan itu, kalau nak jadi Menteri Besar, pastikan parti kita menang dulu.

“Janganlah sampai kahwin pun belum tiba-tiba sudah ada nama anak,” katanya.

Dalam ceramah Pakatan Harapan di Dewan Perniagaan Cina Kota Bharu baru-baru ini, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menamakan Husam sebagai Menteri Besar jika pakatan pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Semalam, Husam dilaporkan sedia menerima pencalonan tersebut selain mencabar PAS Kelantan mengikut jejak langkah DAP menamakan calon Menteri Besarnya sendiri.

Mengulas lanjut, Mohd. Amar berkata, Husam mungkin 'mengigau' apabila melontarkan cabaran tidak kena pada tempatnya.

“Buat apa kita mahu menamakan calon Menteri Besar. Sekarang kita kerajaan, jadi Menteri Besar yang ada sekarang itulah Menteri Besar kita.

“Lagipun beliau (Datuk Ahmad Yakob) masih berupaya menjalankan tugas dengan baik. Beliau juga dipilih sendiri oleh Allahyarham Tuan Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) dan direstui istana. Bukan macam Husam yang dicadangkan Kit Siang sahaja,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana