Hishamuddin cerita bagaimana ‘mesti setuju’ keputusan Dr Mahathir pecat Anwar

"Kita terpaksa meletakkan emosi kemarahan dan kekeliruan kita untuk menyokong Dr Mahathir yang merupakan presiden UMNO ketika itu dan satu-satu hujahnya (Dr Mahathir) ialah mesti bersetuju.

"Namun hari ini, pendiriannya tidak konsisten dan mungkin orang yang tidak terlibat ketika negara kita diporak peranda oleh gerakan reformasi dan sebagainya dan tidak mendengar sendiri hujah-hujah Dr Mahathir ketika itu mungkin akan terpengaruh" .

Itu antara yang diceritakan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagaimana beliau yang ketika pemecatan Anwar berjawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Beliau berkata hujah yang digunakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad semasa hendak menyingkirkan timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada arena politik dahulu adalah berkaitan isu moral.

"Satu perkara yang dikatakan Dr Mahathir kepada saya dahulu bahawa Anwar tidak boleh diterima kerana isu moral, adakah isu moral tidak diambil kira sekarang ini sedangkan ia membabitkan orang yang sama," katanya.

Beliau memberitahu demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Ketereh, di Kadok, Kota Bharu Sabtu.
Hishamuddin mempersoalkan adakah Dr Mahathir tidak lagi mengambil kira isu moral yang dihadapi  Anwar dalam usahanya untuk berbaik semula dengan bekas timbalannya itu.

Katanya beliau akan membuat pendedahan dan penerangan terhadap hujah-hujah Dr Mahathir terdahulu yang sekarang ini ibarat 'cakap tidak serupa bikin' agar rakyat tidak terkeliru.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana